Friday, April 29, 2011 | By: Luna Biru

MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH (Hari ke 3)

Hari ni merupakan Majlis Penutupan  KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH. Majlis ni diadakan di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) bertempat di Bukit Padang, KK. Majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABDUL RASYID SHIRLIN, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Tapi oleh kerana beliau tidak dapat hadir, maka tempatnya digantikan oleh Penolong Pengarah Kesihatan.
Jadi, baru hari ni aku berpeluang untuk melihat sendiri pameran yang berlangsung di dewan ini. Rugi pula rasanya tak datang kelmarin sebab kesemua acara yang dipertandingkan berlangsung kelmarin. Hari ini cuma majlis penyampaian hadiah dan sekaligus penutupan rasmi. Teruja betul aku tengok booth pameran yang terdapat di sini. Apa yang menariknya ialah kesemua bahan pameran adalah dihasilkan oleh murid sendiri. Kagum sungguh aku! Tahniah diucapkan kepada guru-guru Kelab Dokter Muda yang mampu mencungkil bakat murid hingga ke tahap begitu.





Tokoh Dokter Muda tahun ini disandang oleh Adik Nuha dari daerah Sandakan. Johan keseluruhan bagi tahun ini pula disandang buat kali kedua oleh Daerah Beaufort. Kalau korang tengok bahan pameran yang dorang hasilkan, fuh! Hebat ooo! Terutamanya buku skrap yang dihasilkan oleh Adik Nurul Natasya. Tercabar sungguh kesenianku melihatnya. Majlis ini juga disusuli dengan persembahan tarian dari kumpulan (yang aku tak ingat namanya, sory ye), yang pernah membawa nama Sabah hingga ke peringkat Antarabangsa. Memang best gile tengok budak-budak tu buat persembahan tarian dari suku kaum Bisaya. Tahniah sekali lagi untuk kareografernya.
Apa yang diharapkan ialah, agar KELAB DOKTER MUDA ini dapat diperluaskan lagi fungsinya agar manfaatnya boleh dirasai bersama. Aku juga berharap agar kelab ini dapat dilaksanakan secepatnya di Daerah Papar. Kalau tahun ini kami hanya memerhati, maka tahun hadapan, kami akan mulai menjadi peserta pula. Terima kasih diucapkan kepada PPD Papar, JPN KK dan KKM yang telah memberi peluang ini untuk kami. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan. Adios!

GALERIKU....
BOOTH PAMERAN


















PERASMIAN








Ustazah Masuyah (Sk.Pekan) and Nomey (KKIA) and me...

0 comments:

Post a Comment