Petang tadi seharian aku tolong Anis siapkan blog untuknya. Aku bukan apa, aku tengok dia ni suka sangat IT dan selalu habiskan masanya depan laptop. Kadang layan FB, kadang tu saja-saja buat blogwalking. Jadi, dengan adanya blog sendiri, dia bolehlah catatkan kisahnya dan rakamkan ekspresi dirinya. Aku harap, Anis tak salahgunakan blognya dan tahu apa yang perlu diisi dalam entrynya. Paling penting, aku mahu dia terus menjadi dirinya,yang seadanya, yang manis dan lucu. Anis seorang anak baik, aku mahu dia terus kekal begitu....Amin...
http://nurdanisyazreena.blogspot.com
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
My new Fan Page
Tak tidur malam abang menyiapkan Fan Page untuk ARTIFAK DALAM BOTOL ku semalam. Akhirnya, inilah hasilnya. Aku kini punya Fan Page sendiri. Rasionalnya (kata abang), aku tak perlulah lagi post share mengenai updated blog ku. Pembaca cuma perlu tekan butang 'like' untuk menjadi fan. Ia sekaligus menjadikan auto-update kepada readers mahupun followers. Jadi, tidak wujud lagi istilah aku cuba nak semakkan wall FB orang dengan post blog aku.
Huhu....terharu sungguh aku dengan usaha abang ni. Terima kasih bang....
Love.
Huhu....terharu sungguh aku dengan usaha abang ni. Terima kasih bang....
Love.
Bahasa menunjukkan Bangsa
Semalam, waktu buat BLOGWALKING, aku terjumpa satu blog (yang terpaksa aku rahsiakan namanya sebab aku pun tak mau kena maki) yang agak sensitif entrynya. Blog ni lebih bersifat politik dan menjurus kepada pembangkang dan keagamaan. Penulis blog tersebut juga ada menyelitkan mengenai info dan isu-isu terkini artis Malaysia dan juga kehidupan Menteri2 UMNO yang sosial. Banyak juga info yang aku dapat walaupun dah kira isu lapuk. Huhu...betul2lah aku ni ketinggalan zaman.
Malangang...Here I come!
Baru pagi kelmarin aku terima surat panggilan untuk menghadiri KEM PENCINTA ALAM SEKITAR yang akan diadakan di KEM MALANGANG, KIULU,TUARAN. Kem ini akan berlangsung selama 4 hari 3 malam bermula pada 3 Mei 2011 ke 6 Mei 2011. Seramai empat peserta diminta untuk mewakili setiap sekolah iaitu dua orang peserta lelaki dan perempuan, dari kelas tahun 5 & 6. Objektif kem ini ialah untuk memberi pendedahan kepada murid mengenai kepentingan alam sekitar. Sebagai Ketua Penyelaras SERASI (Sekolah Rakan Alam Sekitar), maka aku ditugaskan untuk memegang amanah ini.
MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH (Hari ke 3)
Hari ni merupakan Majlis Penutupan KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH. Majlis ni diadakan di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) bertempat di Bukit Padang, KK. Majlis ini sepatutnya dirasmikan oleh YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABDUL RASYID SHIRLIN, Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia. Tapi oleh kerana beliau tidak dapat hadir, maka tempatnya digantikan oleh Penolong Pengarah Kesihatan.
Jadi, baru hari ni aku berpeluang untuk melihat sendiri pameran yang berlangsung di dewan ini. Rugi pula rasanya tak datang kelmarin sebab kesemua acara yang dipertandingkan berlangsung kelmarin. Hari ini cuma majlis penyampaian hadiah dan sekaligus penutupan rasmi. Teruja betul aku tengok booth pameran yang terdapat di sini. Apa yang menariknya ialah kesemua bahan pameran adalah dihasilkan oleh murid sendiri. Kagum sungguh aku! Tahniah diucapkan kepada guru-guru Kelab Dokter Muda yang mampu mencungkil bakat murid hingga ke tahap begitu.
MALAM MESRA KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH (Hari ke 2)
Petang baru aku dapat pergi ke sana selepas waktu mengajar. Aku sudah terlepas satu acara penting hari ini untuk kumuatkan dalam blog kehidupanku. Hari ini merupakan pertandingan bagi semua acara yang bertempat di KOLEJ SAINS KESIHATAN BERSEKUTU (KSKB) di Bukit Padang. Jadi tak dapatlah aku nak rakamkan detik-detik penting itu kecuali sekadar berharap dari kamera phone Anis semata-mata.
Hipokrit!
Tidak mudah aku nak labelkan orang dengan gelaran yang satu ni. Pada pandangan aku, hipokrit ni penting juga diamalkan selagi ia boleh digunakan untuk menyatupadukan manusia. Tapi untuk manusia seorang ni, mahu tak mahu terpaksa juga aku labelkan dia dengan nama ni sebab aku dah tak jumpa istilah lain untuk dia. Huh! Memang hipokrit! Benci pulak aku tengok gayanya yang melebihi talam dua muka tu. Kuat betul rasa hatinya nak selamatkan dirinya dari terjerat dengan perbuatannya sendiri hingga sanggup menindas dan memerangkap orang lain. Syukurlah aku bukan kaku gaduh. Kalau tidak, maunya kubongkar habis-habis semua kemunafikannya selama ini. Tapi tak apalah...selama mana dia nak menyorokkan bangkai gajah kan?
KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH
Petang tadi aku bawa Anis dan Shakira ke Konvensyen Dokter Muda bertempat di Stadium Likas, KK. Konvensyen ni akan berlangsung selama tiga hari bermula 27 April 2011 hingga ke 29 April 2011. Seramai 250 orang peserta dari seluruh negeri Sabah terlibat dalam acara ini. Tiga buah sekolah dari seluruh daerah Papar pula telah dipilih untuk menjadi pemerhati iaitu Sk. Mandalipau, Sk.Kogopon dan Sk.Surati.
DILARANG MASUK :
Petang tadi aku spent masa tengok movie DILARANG MASUK arahan Jeffery Chiang. Aku berani cakap, best movie ni. Penuh dengan suspen thriller dan isi cerita yang padat. Ia mampu menyampaikan mesej dengan cara yang mudah melalui penceritaan yang bersahaja. Jalan cerita juga agak biasa namun garapan yang diberikan sangat memuaskan. Sungguhpun sedikit bercelaru pada sudut penceritaan imbas semula, namun, secara keseluruhannya, memang TERBAIK! Aku boleh kasi 4 bintang untuk movie ni.
The new look of my blog
This is a new appearance of my blog. Cantikkan? Grunge, very spontaneous and whatever, I like it. Sesuai dengan tema Rembulan Jingga sebab warnanya jingga.
Masuk ni dah 3 kali aku tukar layout. Huhu...Semua ni pasal nak mengajar anak murid aku tentang cara buat blog. Last-last, aku sendiri pun jadi tertukar layout.
I hope you'll like it.
Masuk ni dah 3 kali aku tukar layout. Huhu...Semua ni pasal nak mengajar anak murid aku tentang cara buat blog. Last-last, aku sendiri pun jadi tertukar layout.
I hope you'll like it.
Ada apa dengan kopi, rokok dan coklat?
Rokok yang pahit,
Coklat yang manis,
bergabung keduanya dalam rasa sepoci kopi,
seperti kehidupanlah...
selalu ada pahit dan manis.
Setiap kita punya kegemarannya,
samada coklat, rokok atau kopi.
Pahit atau manis, kita yang merasainya
namun bersyukurlah, kerana kita
masih bernafas.
Rokok, kopi, coklat dan isolasi.
Ilham, datanglah.
Sudah kusediakan hidangan seperti inginmu.
sebatang rokok, secawan kopi dan sekeping coklat.
Lalu kuseru namamu dalam sela isolasi.
Namun kau ogah juga,
keras kepala dan berhati batu.
Jadi aku harus bagaimana lagi?
Dunia ini sudah sesak dengan kemahuanku.
Ilham, muncullah,
di balik gumpalan asap, panas kopi
manis coklat dan gemang isolasi.
Jangan memaksaku menyerah pada sepimu,
hingga aku jadi penulis yang
pupus idea nafsu.
Ilham, berterbanganlah,
agar bisa kucapai salah satu dari warnamu
untuk kumuatkan dalam
bait novelku,
jangan biar aku menyerah di dada
yang cabik dengan dungu.
Tika ilham datang
Seperti mimpi, ilham itu jesteru lahir tengah malam,
saat sang hujan turun dengan alur angin dan
wangi kembang harum sundal malam,
berlapis tujuh warna dan pekik cengkerik
sunyi menembus dalam tangkai urat,
namun ilhamku bugar dalam untai asap rokok,
panas kopi dan manisnya coklat.
Ah...ilhamku mampir bagai mimpi yang
tak mahu dikejutkan,
indah dalam dakapan malam yang rupawan.
Namun sayang ia tak menghentikan
kantuk yang singgah menyuburi pelupuk mata,
bahkan sepoci kopipun tak mampu
memcerna warasku.
Lalu seperti itulah...
ilham itu pun berterbangan laksana puin kapas
yang ditiup angin,
Segar meniup lenaku
yang menyisa kesal di esok hari.
PHD?
Tau tak apa tu PHD?
Penyakit Hasad Dengki....
Aku pun tak tau bila masa orang cipta akronim ni menggantikan istilah PHD yang sebenar. Huhu...
Kenapa aku cerita pasal PHD dalam entry kali ni?
Pasal baru-baru ni aku telah dicop sebagai manusia PHD di muka bumi ini. Aku hanya tersenyum sambil menggelengkan kepala mendengar istilah itu disebut di hadapanku. Dalam masa setahun ni, dah dua kali aku dengar orang tuduh aku dengan perkataan ni. Kenapa ya? Muka aku ni menampakkan ciri-ciri jeles ke dengan korang?
Kharisma Katering
Hari ni hari Sabtu. Kalau korang nak tau, hari Sabtu merupakan hari yang paling kami sekeluarga tunggu. Bukan pasal cuti mahupun AF tau! Tapi pasal hari ni ada pasar malam. Bila bercakap pasal pasar malam, sudah tentulah ia sinonim dengan makanan!
Pasar malam di Papar ni buka seminggu sekali saja iaitu setiap hari Sabtu, malam minggu. Lokasinya berdekatan dengan tapak Dewan Masyarakat Papar. Terdapat banyak gerai jualan di sini. Jualan utama ialah makanan dan bahan mentah seperti sayuran dan buahan tempatan. Ha, kalau nak rasa makanan ala-ala menu bulan puasa, datang sajalah ke sini. Pelbagai jenis makanan disediakan dengan harga yang berpatutan.
Pelanduk yang terjerat
Hmmm....dua orang kawanku yang tak berapa aku nak kawan ni nampaknya dah macam pelanduk yang terbelit tali jerat. Bila sudah nyawa macam telur di hujung tanduk, sanggup terima macam-macam syarat untuk melepaskan diri. Yang sedihnya, sahabat aku yang memang dah sah2 jadi kawan aku selama ni percaya berabis pulak dengan dua pelanduk tu. Huhu....kesian kawan aku, masih tak tau nak menilai mana yang hak mana yang batil. Kalaulah dorang ni tau macamana bencinya pelanduk tu dengan dorang selama ni....
Deactivated My Facebook Account!
Hari ni aku sudah melakukan satu tugas murni yang sepatutnya aku lakukan sejak bulan Disember tahun lalu lagi iaitu :
DEACTIVATED MY FACEBOOK ACCOUNT!
Huahuahua! Puas hati aku!
Dan sempena pemergian aku, inilah kata-kata terakhir yang aku post di dinding FB aku:
Life is about trust. So do the friendship!
I'm walking alone in my path |
Entah kenapa sayangku tertumpah ke kamu. Hanya dalam masa yang begitu singkat, aku jadi mudah sayang sekali padamu. Kau mengingatkan aku pada Connie. Mungkin obsesi itu muncul membayangimu lalu sayang itu tertuang tak keruan tanpa sempat kukawal-kawal.
Sungguh aku tak menyangka kalau hari ini bisa saja wujud; bila kita saling memekik mempertahankan kebenaran. Kau dengan pendirianmu dan aku dengan hujahku. Meski sudah kuperingati hatiku sejak dari awal, namun tetap saja aku selalu lupa.
Aku harap aku dapat menarik kembali semua perasaanku padamu. Kerana aku percaya, bahawa kalau hari ini bisa saja pilar kepercayaanmu goyah padaku, esok pasti akan kau lakukan lagi.
Life is about trust. So do the friendship!
kredit pix to : http://studiomuslim.com/wp-content/uploads/2009/06/taqi-persahabatan.jpg
Itu aku...
Bahawa inilah aku....
Tukang pendam dan diam yang paling utuh. Semua cerita yang kudengar kupahat kemas-kemas dalam hati. Atau kubuang saja ke laut. Yang pastinya, ia tidak akan keluar dari mulutku untuk membinasakanmu. Tidak juga hanya untuk sekadar ingin tahu.
Kenapa aku begitu?
Kerana dari kecil aku sudah biasa melihat orang-orang yang kusayangi bertengkar kerana fitnah dan umpat. Juga atas alasan ingin menjadi pendamai atau bahkan sekadar ingin jadi tukang sampai. Sistem keluargaku musnah kerana peranan si tukang sampai. Lalu abah mengurung kami di rumah, jangan ke mana-mana, supaya kami tidak terlalu bergaul dan bertukar cerita. Supaya kami tidak menjadi orang yang terlalu banyak cakap. Kerana bagi abah, banyak bercakap, banyak silapnya. Setiap kata-kata yang keluar dari mulut kita, itu bukan hak kita lagi. Ia bisa saja sesukanya dimanipulasikan orang.
Sahabat....Hanya jauhari mengenal manikam
Aku sebenarnya malas mahu ulas panjang-panjang mengenai peristiwa yang berlaku padaku hari ni. Sungguh memedihkan sekali. Airmataku tumpah bersuak-suak merembeskan cairan maskara dan eyeliner yang kupakai. Ah... tabahku tewas hari ini di kaki perjuangan mempertahankan hakku pada seorang yang kugelar sahabat.
Lugunya, cerita itu selalu begitu. Masih selalu begitu. Bahkan ketika usiaku sudah memasuki suku abad beginipun, aku masih didendang oleh lagu yang sama. Kapan aku akan jadi dewasa?
Setidaknya, aku sudah tahu mana manikam mana zamrud, mana batu dan yang mana pasir. Kesemuanya berharga sebenarnya. Manikam dan zamrud perhiasan yang bernilai, sementara batu dan pasir asas kehidupan. Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak membuang satu apa pun. Biarlah aku terus memiliki kesemuanya, meski ruang di hatiku ini sudah penuh dan sarat oleh ulah kesemuanya.
Oh sahabat...
....aku sudah meluahkan pandanganku mengenai peristiwa ini pada link http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/becareful-with-what-you-heard.html. Cukuplah ia menerangkan prinsipku mengenai hal ini.
Kebodohanku...
Warasku tewas hari ini.
Juga rasa hormatku pada dia yang kugelar seorang sahabat, bahkan seorang guru. Guru yang banyak mengajarku erti hidup dan ketabahan. Guru yang sering menyampaikan ajarannya melalui bentuk penceritaan.
Ah...kemana guruku itu sekarang? Kenapa dia menghilang setelah dia memperkotak-katikkan sebuah keadaan? Kenapa aku jadi sasaran empuknya sedang aku tak pasti kapan jerat itu mula dipasang dan memerangkap aku? Oh...rupanya dia sudah ke laut....belajar pada ketam tentang cara untuk belajar lurus, sedang dia tidak tahu ketam itu sendiri mengutuki cara jalannya.
Nyatanya aku sudah salah berguru. Sudah salah memilih pendidik untuk mempelajari erti hidup. Bodohnya aku...
Apapun, terimakasih sebab pernah singgah dalam hidupku. Aku sudah biasa menjadi pelabuhan. Manusia memang mudah datang dan pergi dalam hidupku. Namun kehadiranmu, telah mencatat satu kenangan baik dalam hidupku. Setidaknya, kau pernah menjadi guruku. Pernah memanduku menjadi lebih tabah. Dan ajaranmu itulah yang akan kugunakan hari ini; untuk terus tabah, setabahnya dermaga yang dipukul ombak.
Tapi sungguh, aku bukan malaikat.
Aku mau tidur...
Aku mau tidur....
Tidur yang lebih panjang dan lama,
tanpa mimpi,
hanya gelap.
Gelap yang total....
Biar aku bangun besok pagi,
dengan mata dan hari yang baru,
biar putih mengganti gelapku,
biar waras mengganti abnormalku...
Aku cuma mahu tidur....kenapa susah sekali?
Alpha One : Terapi Percuma untuk Warga Papar
Petang tadi, setelah hampir setahun dipujuk Umi, maka aku pun bersetujulah untuk mengikutinya pergi ke rawatan terapi percuma yang diadakan setiap hari di Pekan Papar. Sebelum ni, terapi ni diadakan di aras satu Jalan OKK Mahali. Tapi untuk tahun ini mereka telah berpindah ke kawasan bangunan baru dekat G-Mart (aku pun tak tahu apa nama kawasan ni).
Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Papar 2011
Hari ni sekolah kami terlibat dengan Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Papar 2011. Sebenarnya tuan rumah bagi karnival ini ialah SK.Kogopon. Tetapi acara dijalankan di Sk.Surati untuk memudahkan guru-guru serta pelajar berkumpul.
Acara ini merangkumkan tiga acara serentak iaitu pertandingan Story Telling dan Public Speaking bagi Tahap 2 dan Action Song. Memang meriah karnival ni sebab dihadiri oleh 24 buah sekolah yang turut bertanding. Pelbagai pembaharuan yang ditonjolkan dalam setiap persembahan murid. Ini merupakan satu respon baik mengenai penglibatan aktif sekolah. Semoga jumlah ini dapat dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.
AOWA : Strategi marketing yang mengelirukan
Pernahkah terjadi pada anda?
Peristiwa ni berlaku pada kami sekitar tahun 2006 yang lepas.
(Sebelum tu, aku nak tegaskan di sini bahawa, aku tak kata dorang ni penipu tau, aku cuma kata, dorang ni menjalankan strategi perniagaan yang mengelirukan dengan menggunakan kaedah persuasif atau psikologi bujukan yang power gila).
Peristiwa ni berlaku pada kami sekitar tahun 2006 yang lepas.
(Sebelum tu, aku nak tegaskan di sini bahawa, aku tak kata dorang ni penipu tau, aku cuma kata, dorang ni menjalankan strategi perniagaan yang mengelirukan dengan menggunakan kaedah persuasif atau psikologi bujukan yang power gila).
Pterygium : Selaput Luar yang menutupi kornea mata...aku mengalaminya!
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak hari Ahad yang lalu. Balik saja dari pantai, mata aku berair dan merah. Aku ingatkan alergik biasa saja. Tapi bila tengok cermin, rupanya sebuah bulatan kecil berwarna putih telah tumbuh di selaput mata putih aku dan melarat sampai ke anak mata hitam. Panik juga aku dibuatnya. Apa yang tidak bestnya ialah keadaan ini telah menyebabkan kepeningan kepala yang teramat di sekitar depan kepala, dari dahi hingga ke ubun-ubun.
Jadi, hari ini aku pun pergilah ke Poliklinik Permai untuk mendapatkan rawatan dan penjelasan mengenai kesakitan yang aku alami ini. Penjelasan dari Dokter Poli yang lawa tu benar-benar mengejutkan aku. Dia mengesahkan bahawa kesakitan ini adalah sesuatu yang digelar Pterygium dan perlu menjalani minor operation segera. Nak tahu apa benda Pterygium tu, karang aku explain. Dokter tu suruh aku balik ke hospital untuk buat rawatan lanjut dan percuma (sebab aku ni kan orang kerajaan. Kalau nak buat di swasta pun boleh tapi mahal oooo). Ok, sekarang jom kita baca apa itu Pterygium.
Apakah pterygium?
Pterygium adalah suatu penyakit mata yang ditunjukkan dengan adanya pertumbuhan di lapisan luar (conjuctiva) bahagian putih mata. Pterygium adalah pertumbuhan fibrous berbentuk selaput tipis dari jaringan bahagian putih mata dan mengalami pembesaran ke arah kornea.
Siapa yang mengalami pterygium?
Mereka yang sering bekerja di bawah cahaya matahari UV Rays atau penghuni di negara tropika. Sebab tu kaum nelayan, petani dan buruh kasar sering mengalami penyakit ini. Faktor lain termasuk wap kimia, asap, debu dan benda-benda lain yang terbang masuk ke mata.
Simptom?
Mata akan terasa tidak selesa, merah dan berair, pening kepala, silau matahari dan cahaya disebabkan oleh pembuluh darah di bahagian mata yang membengkak. Mata juga akan terasa kering dan berpasir. Bila mterygiuk semakin membesar dan merebak, ia boleh menyebabkan astigmatisma dan silau apabila melihat cahaya. Ada pterygium yang tumbuh perlahan dan ada juga dengan cepat bergantung pada cara hidup. Bila pterygium sudah sampai meliputi bahagian tengah kornea (anak mata), penglihatan akan menjadi kabur.
Cara rawatan?
Jauhi sinaran terus pada cahaya matahari. Gunakan kacamata yang boleh menangkis kuasa UV Rays serta ubat titis mata. Pembedahan juga merupakan jalan terbaik.
Kalau pterygium sudah sampai ke tahap yang boleh menyebabkan kekaburan mata, ianya lebih baik dikeluarkan melalui pembedahan kecil. Dokter akan mengambil lapisan conjunctiva dari bahagian mata yang sihat dan menampalkannya di bahagian ptergium yang telah dikeluarkan. Prosedur ini dipanggil Conjuctiva Graft. Teknik graft ini dilakukan untuk membolehkan kadar pertumbuhan semula pterygium dikurangkan sebanyak 6 kal ganda.
Setelah pembedahan dilakukan, pesakit akan diberi ubat titis sterois untuk beberapa minggu untuk mengurangkan radang dan mengurangkan pertumbuhan semula. Pembedahan ini akan berlangsung selama setengah jam atau lebih bergantung pada tahap keseriusan penyakit.
Selepas pembedahan, mata akan dibalut untuk 24 jam untuk membolehkan permukaan mata sembuh. Bila balutan ini dikeluarkan, anda boleh melihat semula tetapi ada kemungkinan mata akan kadang-kadang berair dan ini menyebabkan kekaburan mata sementara.
Pterygium yang sudah memasuki anak mata (ni tahap aku sekarang-lebih kuranglah)
Sebenarnya, aku pun tak tahu dari bila benda ni mula menyerang mata aku. Apa yang aku tahu, keturunan aku dari nenek moyang dulu semuanya mengalami kebutaan secara tiba-tiba. Tapi waktu tu dunia belum canggih lagi,jadi tidak ada penjelasan saintifik mengenai faktor kebutaan mereka. Mungkin mereka juga mengalami gejala yang sama.
Satu hal yang aku tak puas hati ialah, penyakit ni selalunya terkena dengan nelayan dan petani serta buruh kasar yang terdedah pada matahari. Aku ni cikgu saja. Kerja pun dalam kelas. Takkanlah aku baru ke pantai sekali dua (tu pun tak sampai 2 jam), sudah terkena penyakit ni. Cousin aku yang hari-hari berjualan makanan di pantai tu ok ja pun....Rasanya hari Sabtu tu, mata aku clear lagi, tiada apa-apapun penambahan selain makin lawa. Huhu...
Tapi mungkin juga sebab sejak dari awal tahun ni, hidup aku lebih tertumpu pada aktviti padang semata-mata. Bermula dari kawat, lepas tu bola baling. Aku rasa sejak bulan February sampailah ke minggu lepas, aku asyik ada di padang saja. Tapi, bukannya lama pun, 2 jam sehari saja. Hish...tak puas hati betul.
Lagi satu, dokter cakap tahap pterygium ni mengambil masa yang lama untuk tumbuh,bahkan untuk 1mm. Tapi yang aku ni, tetiba saja sudah membesar dan hampir menutup kamera mata aku. Dua-dua belah mata pulak tu. Ni pun aku tak puas hati ni. Dokter kasi temujanji dengan pakar dua minggu dari sekarang untuk rawatan lanjut. Kemungkinan akan dibedah. Oh tolonglah...aku paling takut benda yang namanya bedah-bedah ni. Aku ingat nak buat alternatif lain seperti rawatan Permata Hijrah. Manalah tau...Insya Allah...
....barangkali sudah tiba masanya Allah memberi amaran sebelum menarik kembali anugerah penglihatan yang dipinjamkannya selama ini untukku...
Aku masih perlukan mataku untuk anak-anakku.... |
Kum-Kum The Series : Kekhurafatan yang melampau.
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia akan menghantui malam anda pada setiap Selasa,jam 9.30 bermula pada 12 April 2011 di saluran 104, Astro Ria. Drama ini akan berlanjutan selama 13 episod.
Ratu The Movie : Filem klise di abad Millenium
Tertarik dengan iklan preview filem Ratu The Movie, aku pun melangganlah filem ni untuk ditonton di Astro First. Tapi, sebelum jejariku yang tak professional ni meneruskan ulasanku mengenai filem ini, jom kita tengok dulu sinopsis dan info mengenai filem ni yang aku kidnap di http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Ratu_The_Movie_901
Ratu The Movie : Filem klise di abad Millenium
Tertarik dengan iklan preview filem Ratu The Movie, aku pun melangganlah filem ni untuk ditonton di Astro First. Tapi, sebelum jejariku yang tak professional ni meneruskan ulasanku mengenai filem ini, jom kita tengok dulu sinopsis dan info mengenai filem ni.
Ratu The Movie _ General Info
Pengarah : Proffesor Madya A. Razak Mohaideen
Kategori : Action Thriller
Skrip : Shukor Mohaideen
Lakonan : Eizlan Yusof (Iskandar), Fauziah Ghous, dan Eina Azman serta pelakon-pelakon baru.
Sinopsis: Filem “Ratu The Movie” mengisahkan tentang 10 orang calon Pertandingan Ratu Cantik yang akan bertanding di peringkat akhir. Kesemua 10 calon itu telah dikumpulkan di sebuah jeti dan dibawa menaiki sebuah kapal layar ke lokasi yang ditetapkan. Sewaktu dalam pelayaran tiba-tiba berlaku ribut yang sangat kuat sehingga krew kapal dan kesepuluh-sepuluh calon itu terpaksa mendarat di sebuah pulau. Sepanjang malam mereka berada di pulau itu pelbagai kejadian aneh dan misteri telah berlaku. Mereka telah diserang dan satu demi persatu calon-calon itu hilang. Sehinggalah calon akhir berjaya diselamatkan dan diistiharkan sebagai pemenang. Sehubungan itu, segala kejadian aneh dan misteri itu merupakan salah satu daripada perancangan pihak penganjur untuk mencari ratu cantik yang sebenarnya di mana kesemua calon telah dinilai bukan sahaja daripada segi kecantikan, malah mereka turut dinilai daripada aspek kelakuan dan sikap serta kekuatan mereka menghadapi cabaran. |
A wonderful scene with kids and Ernie, The Pretty Lady
Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang dariku...Catatan terakhir
Lagi-lagi berkisar blogku...
Nampaknya makin menjadi-jadi kontroversi ni hingga akhirnya orang yang tak terlibat pun menjadi mangsa. Kali ni pasal entryku Isma....Dia masih istimewa (http://rineyramley.blogspot.com/2011/04/persahabatan-akan-tetap-kekal.html). Entry ni nampaknya menjadi kejutan besar di kalangan kawan-kawan lama. Huhu....siapa sangka kan? Bahawa di sebalik keributan si Is sebenarnya dia adalah manusia istimewa yang menempati satu sudut dalam hidupku? Jauh lebih baik dari orang lain yang merasa diri mereka bagus. Kesian dia....Yang menyedihkan...selain dia...ada lagi hati yang tak bersalah terluka....
Teruskan...atau berhenti?
Terlalu banyak peristiwa-peristiwa ngeri yang berlaku padaku sejak akhir-akhir ini. Ia berhimpit-himpit dan saling bertindih menjadikan aku kadang-kadang sukar membezakan, which one is which one. Bermula dari kisah pentengkaran di Fb dengan pihak ipar duai, kemudiannya dengan kawan baik yang lain, lalu dengan kisah penghinaan pada Aning, perselisihan faham dengan rakan baik yang lain, juga dengan bekas rakan sekolah.
The misunderstanding between us....
Entryku kelmarin yang merungut tentang respons pembaca menjadikan salah seorang rakan baikku merasa tersinggung. Dia merasa aku menyindirnya.
Oh...salah faham....memang aku tak patut nak publish entry tu pada hari yang sama dia tegur pasal blogku. Tapi hakikatnya, aku tidak bercakap pasal dia. Yang sedihnya, orang yang berkenaan tidak memberi respon yang sewajarnya. Well...mungkin memang salahku.
Sebenarnya sudah lama aku nak tulis entry tu, lama sebelum peristiwa kelmarin. Tapi asyik tertangguh saja sebab ketiadaan masa. Nah....ketika masa itu tiba, ia tidak sesuai pula. Maka, entry tu kemudiannya mengusik hati kecil rakanku yang baik dan ceria itu....
To my dear Jane...please forgive me. It is just misunderstanding between us. I did the right thing at the wrong time. Semoga kita bisa menghadapi semua ini dengan baik. Amin....
Simpy Susan....Simple to be love.
Sudah lama aku ingin memuatkan kisah seorang sahabat terbaikku ini. Namun setiap kali aku mula mengetik pena papan kekunci, ideaku mati dan buntu. Aku tidak tahu apa kata-kata terbaik untuk kutuliskan tentang dia. Hubungan antara kami, begitu istimewa, begitu intim, malah lebih dari akrab. Nah kan...jadi apa istilahnya? Kalau aku harus bercerita tentang dia, maka aku perlu menulis sebuah novel untuk mengisahkan perjalanan persahabatan kami. Namun aku cuba meringkaskannya di sini, dalam bentuk bahasa yang paling mudah untuk difahami, juga paling indah untuk dihayati.
Kenapa bertindak seperti pengecut? (Hide me or remove me)
Ni kisah beberapa orang kawan aku yang bersellisih faham dengan aku di dinding FB.
Nak dijadikan cerita, aku ni dari dulu sampai sekarang memang selalu menimbulkan kontroversi yang tak sudah-sudah. Ada-ada saja tindakanku yang jadi buah mulut orang. Padahnya, aku selalu jadi bahan sindiran dan cercaan. Kalau musim dunia manual dulu, ceritanya tersebar dari mulut ke mulut. TApi bila dunia dah serba digital ni, dinding FB jadi taruhan. Wah...mulalah aku menjadi liputan di dada FB sampai boleh buat kelab pembenci Zueramley. HUh...terasa macam artis pulak.
Selalunya aku tak endahkan sangat serangan-serangan bodoh macam ni. Biasalah...aku kan artis, dah biasa dengan gosip-gosip liar (perasan ooo...). Tapi kalau dah telamapu kena provoke tu, aku pun membalaslah jugak. Aku hanya insan biasa yang juga punya nafsu marah, macam kau juga.
Tapi yang aku menyampah tu, bila sesekali tajam lidah jariku membalas, maka aku akan terus di'remove' dan paling kejam lagi aku terus di'block' untuk menjadi rakan FB mereka. Bukan bermakna aku nak sangat jadi friendlistnya, cuma aku tak puas hati sebab, mereka tetap meneruskan perjuangan mengutuk aku tu tanpa dapat kubalas. Aku hanya mendengar laporan dari rakan-rakan lain yang masih menjadi friendlistnya. Huh...sungguh tak adil! Sedangkan dia boleh visit wall aku bila-bila masa. Dia boleh tahu setiap aktiviti dan perincian statusku, tapi aku...hanya terpaksa di sini menanti ehsan orang lain untuk memberi laporan.
Kenapa bertindak seperti pengecut?
Kalau berani, kutuklah depan-depan lagi supaya senang aku nak hentam balik. Menghentam orang dari belakang tanpa memberi kesempatan orang untuk membalas balik adalah perbuatan paling penakut dan bodoh. Aku steady je bro...aku tak postkan hal kau kat status aku. Professional ma....Kau apa tau? Kau tu memanglah miskin adab sopan.
Hmmm....laser betul pulak mulut aku kali ni,kan? Aku dah kata, aku memang laser gila sebenarnya. Tapi kewarasan selalu lebih menguasai aku selain dari didikan susila yang dipertaruhkan abah selama ini pada kami. Tapi macam yang aku dah kata tadi, aku cuma manusia biasa, ada nafsu marah juga. Ha...sekarang ni aku dah betul-betul marah.
Nak dijadikan cerita, aku ni dari dulu sampai sekarang memang selalu menimbulkan kontroversi yang tak sudah-sudah. Ada-ada saja tindakanku yang jadi buah mulut orang. Padahnya, aku selalu jadi bahan sindiran dan cercaan. Kalau musim dunia manual dulu, ceritanya tersebar dari mulut ke mulut. TApi bila dunia dah serba digital ni, dinding FB jadi taruhan. Wah...mulalah aku menjadi liputan di dada FB sampai boleh buat kelab pembenci Zueramley. HUh...terasa macam artis pulak.
Selalunya aku tak endahkan sangat serangan-serangan bodoh macam ni. Biasalah...aku kan artis, dah biasa dengan gosip-gosip liar (perasan ooo...). Tapi kalau dah telamapu kena provoke tu, aku pun membalaslah jugak. Aku hanya insan biasa yang juga punya nafsu marah, macam kau juga.
Tapi yang aku menyampah tu, bila sesekali tajam lidah jariku membalas, maka aku akan terus di'remove' dan paling kejam lagi aku terus di'block' untuk menjadi rakan FB mereka. Bukan bermakna aku nak sangat jadi friendlistnya, cuma aku tak puas hati sebab, mereka tetap meneruskan perjuangan mengutuk aku tu tanpa dapat kubalas. Aku hanya mendengar laporan dari rakan-rakan lain yang masih menjadi friendlistnya. Huh...sungguh tak adil! Sedangkan dia boleh visit wall aku bila-bila masa. Dia boleh tahu setiap aktiviti dan perincian statusku, tapi aku...hanya terpaksa di sini menanti ehsan orang lain untuk memberi laporan.
Kenapa bertindak seperti pengecut?
Kalau berani, kutuklah depan-depan lagi supaya senang aku nak hentam balik. Menghentam orang dari belakang tanpa memberi kesempatan orang untuk membalas balik adalah perbuatan paling penakut dan bodoh. Aku steady je bro...aku tak postkan hal kau kat status aku. Professional ma....Kau apa tau? Kau tu memanglah miskin adab sopan.
Hmmm....laser betul pulak mulut aku kali ni,kan? Aku dah kata, aku memang laser gila sebenarnya. Tapi kewarasan selalu lebih menguasai aku selain dari didikan susila yang dipertaruhkan abah selama ini pada kami. Tapi macam yang aku dah kata tadi, aku cuma manusia biasa, ada nafsu marah juga. Ha...sekarang ni aku dah betul-betul marah.
Kau dan ke'laser'an mu
Lagi berkisar blog dan Facebook.
Baru-baru ni ada orang komplen konon kata aku ni nak expose sangat cerita peribadi aku diperbesar-besarkan dan diketahui umum. Dah buat diblog, pastu post pulak di FB. Ko tak malu ke? Habis semak wall aku penuh dengan artikel Artifak Dalam Botol kau tu, katanya.
Huhu....Tak sangka betul aku ni boleh ke tahap menyemakkan kepala dan mata orang.
Aku dan Prinsipmu...Ada aku kesah?
Apa itu prinsip hidup?
Secara dasarnya, setiap manusia perlu punya prinsip hidup. Prinsip merupakan dasar pada kehidupan yang menjadikan hidup kita lebih bersistem dan teratur. Prinsip juga menjadikan kita disegani ramai, ataupun membuat kita tersungkur rebah. Tidak semua manusia memegang prinsip yang benar. Jesteru yang selalu ada hanyalah manusia yang kuat berpegang pada prinsipnya tanpa tahu ia benar atau tidak. Mungkin kalaupun prinsipnya salah, hidupnya akan teratur dengan prinsip yg salah itu.
Maka, perlulah kita merenung kembali akan prinsip hidup kita selama ini dan menjejak kebenarannya, bukan kekuatannya.
Kenapa entry ini kutulis? Mungkin sebab aku sudah muak mendengar orang-orang di sekelilingku melaung-laung prinsip hidup yang mereka dengan gahnya, tanpa memikirkan sejauhmana prinsip itu relevan dengan kehidupan sebenar.
Salah satu prinsip yang sering kudengar ialah;
Secara dasarnya, setiap manusia perlu punya prinsip hidup. Prinsip merupakan dasar pada kehidupan yang menjadikan hidup kita lebih bersistem dan teratur. Prinsip juga menjadikan kita disegani ramai, ataupun membuat kita tersungkur rebah. Tidak semua manusia memegang prinsip yang benar. Jesteru yang selalu ada hanyalah manusia yang kuat berpegang pada prinsipnya tanpa tahu ia benar atau tidak. Mungkin kalaupun prinsipnya salah, hidupnya akan teratur dengan prinsip yg salah itu.
Maka, perlulah kita merenung kembali akan prinsip hidup kita selama ini dan menjejak kebenarannya, bukan kekuatannya.
Kenapa entry ini kutulis? Mungkin sebab aku sudah muak mendengar orang-orang di sekelilingku melaung-laung prinsip hidup yang mereka dengan gahnya, tanpa memikirkan sejauhmana prinsip itu relevan dengan kehidupan sebenar.
Salah satu prinsip yang sering kudengar ialah;
"Aku ni, kalau orang sekali baik sama aku, seribu kali aku baik sama dia. Kalau orang jahat sama aku, aku boleh seribu kali lagi lebih jahat dari dia..."
Biasa dengarkan?
Apa pendapat anda pada orang yang sebegini? Atau, mungkinkah anda salah seorang sang penuturnya?
Kalau iya, maaflah. Aku kurang setuju dengan prinsip ini. Bagiku, prinsip ini bersifat berat sebelah. Terus-terang, aku sebenarnya paling takut nak berkawan dengan orang macam ni. Sebolehnya, aku akan jauhkan diri, dan bercakap hanya bila perlu. Paling penting, aku akan cuba sentiasa pastikan agar hatinya berkeadaan baik setiap kali berjumpa dengan aku. Orang macam ni, (biasanyalah), kalau hatinya terusik sedikit, sampai ke lubang cacing pun kita tak dilepaskannya. Huhu...tapi selalunya, aku memang kantoi nak jaga hubungan baik ni. Confirm ada cacat-celanya di mana. So, bila hatinya terusik, siaplah aku kena semburan laser bisanya yang tak akan mau pulih-pulih lagi.
Apa pendapat anda pada orang yang sebegini? Atau, mungkinkah anda salah seorang sang penuturnya?
Kalau iya, maaflah. Aku kurang setuju dengan prinsip ini. Bagiku, prinsip ini bersifat berat sebelah. Terus-terang, aku sebenarnya paling takut nak berkawan dengan orang macam ni. Sebolehnya, aku akan jauhkan diri, dan bercakap hanya bila perlu. Paling penting, aku akan cuba sentiasa pastikan agar hatinya berkeadaan baik setiap kali berjumpa dengan aku. Orang macam ni, (biasanyalah), kalau hatinya terusik sedikit, sampai ke lubang cacing pun kita tak dilepaskannya. Huhu...tapi selalunya, aku memang kantoi nak jaga hubungan baik ni. Confirm ada cacat-celanya di mana. So, bila hatinya terusik, siaplah aku kena semburan laser bisanya yang tak akan mau pulih-pulih lagi.
Soalnya, apa cara kita untuk tangani manusia yang berpegang pada prinsip sebegini?
...well, as for me, selalunya aku mengalah saja. Malas mahu cari gaduh. Yalah...sudah dia pegang prinsip untuk jadi 1000 kali lebih jahat, habis takkan aku nak doublekan kejahatanku pula sampai 2000 kali,kan? Pas tu, dia kasi up lagi sampai 3000, pastu, aku up lagi, sampailah tiada pengakhirannya.
Seperti yang kukatakan, bukan semua manusia yang berpegang pada prinsip itu baik prinsipnya. Prinsip-prinsip seperti inilah yang selalunya membinasakan diri kita sendiri, memutuskan persahabatan dan silaturahim yang kita semai selama ini.
Jadi, apa prinsip yang baik sebenarnya?
Huhu...manalah aku tahu. Baik atau tidak prinsip itu bergantung pada cara kita membawanya. Selalunya, prinsip lahir dalam hidup kita lantaran latar belakang hidup dan pengalaman yang kita alami. Bertitik-tolak dari itulah kita mula mencipta prinsip hidup.
Lalu, apa prinsip hidupku?
Aku sebenarnya tidak punya spesifikasi khusus untuk dilaungkan. Namun bagi aku, apa yang penting ialah;
"If you have your stand, then, you should respect mine either. Sama-samalah kita berdiri pada 'stand' kita, kerana aku pun tak akan berganjak kalau kau tetap merasa kau terus benar."
Eh...itu prinsip orang degil. Ya, macam yang aku katakan tadi, aku bukannya ada prinsip sangat. Apa yang penting pada aku ialah, hidup ni mesti dijalani seadanya. Namun prinsip itu hanya akan timbul di saat aku menghadapi krisis hidup yang mendesak aku untuk bertindak. Seperti sekaranglah...maka degilku yang ku sorok dalam selimut itupun mula melayang-layangkan dirinya.
Jadi, kalau kamu boleh jadi 1000 kali lebih jahat, teruskanlah. Kerana aku, tetap di sini, bersama peganganku; bahawa aku tidak akan pernah peduli seberapa jahatnya pun yang kau mahu jadi.
Ada aku kesah?
Aku sebenarnya tidak punya spesifikasi khusus untuk dilaungkan. Namun bagi aku, apa yang penting ialah;
"If you have your stand, then, you should respect mine either. Sama-samalah kita berdiri pada 'stand' kita, kerana aku pun tak akan berganjak kalau kau tetap merasa kau terus benar."
Eh...itu prinsip orang degil. Ya, macam yang aku katakan tadi, aku bukannya ada prinsip sangat. Apa yang penting pada aku ialah, hidup ni mesti dijalani seadanya. Namun prinsip itu hanya akan timbul di saat aku menghadapi krisis hidup yang mendesak aku untuk bertindak. Seperti sekaranglah...maka degilku yang ku sorok dalam selimut itupun mula melayang-layangkan dirinya.
Jadi, kalau kamu boleh jadi 1000 kali lebih jahat, teruskanlah. Kerana aku, tetap di sini, bersama peganganku; bahawa aku tidak akan pernah peduli seberapa jahatnya pun yang kau mahu jadi.
Ada aku kesah?
Hidup yang tidak direfleksikan tidak layak untuk dihidupi
Ada yang bilang, entryku hanya memuatkan tulisan yang mempamerkan kelemahan dan kekurangan diriku semata-mata. Ada juga yang bilang, aku sebenarnya membuat sindiran halus untuk menikam orang dengan buah penaku dengan menggunakan diriku sebagai contoh. Pun ada juga yang mengatakan bahawa aku hanya membuka aibku untuk kubentangkan menjadi bacaan orang. Ada juga yang mempertikaikan kemurnian perasaanku berdasarkan pengalaman sedia ada dalam aku menghadapi kehidupanku.
Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2011
(577)
-
▼
April
(66)
- Anis & Her New Blog
- My new Fan Page
- Bahasa menunjukkan Bangsa
- Malangang...Here I come!
- MAJLIS PENUTUPAN KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT...
- MALAM MESRA KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGER...
- Hipokrit!
- KONVENSYEN DOKTER MUDA PERINGKAT NEGERI SABAH
- DILARANG MASUK :
- The new look of my blog
- Ada apa dengan kopi, rokok dan coklat?
- Rokok, kopi, coklat dan isolasi.
- Tika ilham datang
- PHD?
- Kharisma Katering
- Pelanduk yang terjerat
- Deactivated My Facebook Account!
- Life is about trust. So do the friendship!
- Itu aku...
- Sahabat....Hanya jauhari mengenal manikam
- Kebodohanku...
- Aku mau tidur...
- Alpha One : Terapi Percuma untuk Warga Papar
- Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat ...
- AOWA : Strategi marketing yang mengelirukan
- Pterygium : Selaput Luar yang menutupi kornea mata...
- Kum-Kum The Series : Kekhurafatan yang melampau.
- Ratu The Movie : Filem klise di abad Millenium
- Ratu The Movie : Filem klise di abad Millenium
- A wonderful scene with kids and Ernie, The Pretty ...
- Yang baik datang dari Allah, yang buruk jua datang...
- Teruskan...atau berhenti?
- The misunderstanding between us....
- Simpy Susan....Simple to be love.
- Kenapa bertindak seperti pengecut? (Hide me or rem...
- Kau dan ke'laser'an mu
- Aku dan Prinsipmu...Ada aku kesah?
- Hidup yang tidak direfleksikan tidak layak untuk d...
- Apa yang menjadikan kita lebih baik?
- Dia...masih istimewa
- Kejohanan Bola Baling MSSM MSSD Papar 2011 - The G...
- Kejohanan Bola Baling MSSD Papar 12TKB 2011 (Pasuk...
- Harga sebuah perjuangan...Di sinilah segalanya ber...
- Pasukan Bola Baling SK.Surati (Perempuan) : My tea...
- Hati Wanitaku II
- Hati wanitaku...
- You...Y...You
- Feedback from the last entry
- Becareful with what you heard
- http://mustikaseri.com/minyak-mesra-big-birds-l...
- The worst day today
- The Final Day
- Aku, dia dan pantai
- Ernie the Pretty Lady
- Malam Seribu Impian...Bintang P.Ramlee, Engkau Lak...
- Bola Baling Freindly match Sk.Surati vs Sk.Kuala
- Bola Baling Friendly Match
- Paku karat di dinding hatiku
- Warung Tom Yam Ustaz Wan a.k.a Warung Disiring Sungai
- 'Pacarku ada enam : Antara Pesona & Cinta II'
- Rawatan resdung bersama Permata Hijrah
- Nokia X3-02 and Sony Ericsson XPERIA X8 SHAKIRA
- An evening in Jalan Pantai
- Celebrating birthday Ade the 3rd on 2nd April 2011
- Sakit kepalaku....!
- Pacarku ada 6 : Antara Pesona & Cinta
-
▼
April
(66)