Kadang-kadang Tuhan uji kita sakit dan rasanya tak perlulah kita tercari-cari sebabnya. Sudah namanya hidup mana ada manusia yang sihat sentiasa. Sebagai manusia, kenalah terima, berusaha dan tawakkal. Macam air, ada pasang ada surut, maka esok, surutlah sakit, kembalilah sihat. Insya Allah...
Dalam pada-pada keadaan yang tak berapa sihat, Malaysia sambut hari Merdeka untuk kali ke-55. Hasrat hati mahu melihat pertunjukan dan perarakan merdeka secara live tetap masih jadi mimpi untuk ke 35 kalinya. It was a ridiculous idea, huh?
Seronoknya tentang sakit ialah aku ada banyak masa berbaring depan TV dan tonton apa saja rancangan yang aku suka. Dua movie yang terbaik aku tonton setakat ini ialah Widow on the Hill dan Lies My Mother Told Me. Kedua-duanya based on the true story.
Dan oya, sebelum pamit, malam ini fenomena bulan biru...Dari fenomena yang langka inilah ilham untuk nama penaku tercetus...Luna Biru...
Baiklah. Selamat malam dunia-dunia. Kepada sahabat sekerja yang menggantikan kelasku semasa ketiadaanku, diucapkan berbanyak terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas budi baik kalian semua.
Amin.
p/s : Semoga esok hajat untuk ke bercuti-cuti Malaysia tercapai...
0 comments:
Post a Comment