Wednesday, August 15, 2012 | By: Luna Biru

Hasil kerja murid-muridku...(P&P/Kad Raya)

Baiklah. Ini adalah sebahagian kad raya yang dihasilkan oleh murid-murid tahun 4 & 5 pada hari terakhir persekolahan di bulan Ramadan ini. Masih menggunakan teknik 'cut and paste' atau dalam bahasanya seninya kolaj, maka pada akhir pengajaran, dapatlah direfleksikan bahawa murid telah berjaya menghasilkan sekeping kad raya yang kreatif dengan menggunakan segala bahan dan media yang ada. 

Rasanya dalam episod ini aku bukan sahaja mengorbankan ink cartridge, tetapi juga kertas warna dan glitter. Wah...bukan main lagi ni budak-budak cuba berlumba-lumba menghasilkan karya yang special supaya boleh menjadi yang terbaik. Mungkin bidang ini agak baru bagi mereka kerana secara alaminya, mereka membuat kad menggunakan teknik menggambar. Sekiranya pun menggunakan teknik kolaj, bahan agak terhad dan lebih kepada bahan semulajadi seperti daun-daun kering. 

Maka aku pun memulakan langkah ke arah mencipta satu bentuk KBKK yang lebih bersifat komersial...Hasilnya...inilah...




Ini yang paling aku suka.














Apasal terbalik kaligrafinya ni? Failed!



Jangan nak kata yang aku ni sebenarnya hanya menyekat kekreatifan budak dengan menggunakan bahan ICT sebagai media hasilan tau! Dalam DSV ada elemen merentas kurikulum di mana guru menggunakan bahan OCT dalam menghasilkan produk. 

Bebalik pada PAK (Pengurusan Aset Kerajaan), maka sekali lagi, renung-renungkanlah kalau larangan itu benar-benar bermanfaat...

Wallahuaklam....

0 comments:

Post a Comment