Friday, August 24, 2012 | By: Luna Biru

...hanya kalau II

Kalau kau burung pasti sudah kulepaskan kau pergi
biar kau terbang bersama kekawananmu
migran dari benua ke benua
kerana kusedar hanya kawanan itulah
yang benar-benar memahamimu
dan mengerti segala rentak bicaramu.

Kalau kau sampan pasti sudah ku berhenti berkayuh
kerana aku cuma tahu mudik ke hulu
sedang arusmu kolek ke muara
dayungku patah
dan kau pun lelah
biarlah kau hanyut ke situ kelak kau pasti berhenti
di hujung sungai.

Tapi kau adalah manusia
yang tak bisa kupaksa-paksa
tak bisa juga ku lepas-lepas...

0 comments:

Post a Comment