Sunday, August 12, 2012 | By: Luna Biru

Minyak dan Kaca.

Bagai menatang minyak yang penuh, penuh hati-hati. Penuh teliti. Kemungkinan untuk tumpah bagaikan bernyawa di hujug tanduk. Sekelumit angin menerpa, minyak akan tumpah. Sederap langkah tercepat, pun akan tumpah juga. Bernafas pun menjadi dosa. Minyak itu menanti sejumlah alasan untuk tewas mencium lantai.

Bagai menjaga kaca yang rapuh, dipegang salah, disimpan pun salah. Mahu dipamer, lagi terasa salah. Seperti minyak, kaca itu juga sentiasa punya sebab untuk merekah. Merekah lalu retak. Retak lalu menanti belah. Belah mengundang banyak bencana. Pecah. Tewas juga mencium lantai. 

Minyak dan Kaca. 

Lelahnya menatang dan menjagamu. Mahu saja kuhumban semuanya ke lantai. Biar tumpah biar pecah. Ciumlah lantai kalau benar itu yang kau mahu. 


0 comments:

Post a Comment