Bersempena dengan bulan Ramadan, maka aktiviti padang bagi sesi 1M 1S dan Kelab Rukunegara digantikan dengan sesi kuliah di dalam kelas. Oleh sebab aku bukanlah jenis guru yang suka 'chalk and talk', maka kenalah berkorban sedikit sebanyak untuk mengkreatifkan sesi kuliah ini agar menyenangkan kedua belah pihak, iaitu aku dan murid.
Ini adalah poster nota yang dihasilkan oleh murid pada minggu pertama Ramadan. Minggu kedua kami buat lanjutan poster. Minggu ketiga kami buat pertandingan mencipta jersey. Manakala pada minggu terakhir kami buat kad raya khusus dari ahli kelab kepada guru-guru yang mereka sayangi.
Aku mulai terfikir-fikir, jika pihak sekolah menguatkuasakan terma yang terkandung dalam Pengurusan Aset Kerajaan (sila rujuk pada term-term yang telah dikuatkuasakan), adakah pengajaranku masih mampu sehebat dan sekreatif ini? Adakah aku masih mampu menjadi jentera penggerak kepada daya fikir murid untuk terus menghasilkan sesuatu yang mampu dicambah lebih dari sekadar menyalin nota di dalam kelas? Adakah aku akan kembali kepada bidang 'chalk and talk' sekiranya aku tidak dibenarkan membawa komputer riba dan printer peribadi ke sekolah wwalaupun ianya bertujuan untuk membuat BBM dan Teaching aids?
Mungkin perlu lebih diperhalusi perkara ini. Tak semua guru menangguk di air yang keruh. Aku percaya ada ramai guru macam aku...Penyekatan sebegini tidak hanya menjejaskan prestasi kerjaya guru dalam P&P, tetapi juga akan menyekat kreativiti murid untuk terus berfikir secara KBKK.
Poster-poster dihasilkan daripada teknik 'cut and paste'. Aku print semua nota dan suruh murid susun semula dalam bentuk yang kreatif seperti peta minda dsb. Memang idea yang agak gila-gila sedikit sebab terpaksa korbankan banyak dakwat printer yang mahal tu. Tapi syukurlah kami di rumah guna printer CISS jadi boleh pakai semaksimum mungkin. Harga pun murah. Aku sudah lama berdoa suatu hari, kalau aku kaya, aku akan mantapkan P&P aku dengan segala macam BBM dan TA yang menarik lagi effisen. Syukur lagi sebab rupanya aku tak perlu kaya manapun semata-mata nak tunaikan hajat murni ni.
Ni salah satu printer CISS : http://halme-doctorcomputer.blogspot.com/2011/04/printer-with-ciss.html |
Oya, yang di bawah ni pula adalah hasil kerja murid kelas Tahun 5 Intelek dalam topik The Cricket and The Grasshopper.
0 comments:
Post a Comment