Sunday, August 26, 2012 | By: Luna Biru

Raya ke-7 ku


Hari ini agendanya bukan beraya tapi menerima undangan majlis perkahwinan. Hajat di hati mahu ikut rombongan berpiknik ria dengan Halim and Co di pantai Beringgis. Tapi memandangkan hukum telah menggariskan bahawa jika kita berada antara dua undangan, maka pilihan pun terpaksa dibuat mengikut nas-nas yang hak. Ceh....macam bagus betul aku ni. 

Apapun, Selamat Pengantin baru buat Indra dan Lys Andin yang telah melangsungkan majlis persandingannya di Dewan Saadah, Muis, hari ini. Teringat kisah Eumora kami yang belum habis cerita. Harap Lys tak kecik hati dengan aku...


Lys nampak cantik sangat hari ni sampaikan aku lupa muka sebenar dia. Lys lah orang yang aku tak pernah nampak bermekap walau secalit pun. Jadi bila hari ini mukanya dicalit-calit, aku jadi macam kurang kenal sikit. Huhu...

Lepas saja dari tempat Lys, kami bergegas pula ke Likas, tempat 'cucu' aku kahwin. Cucu? Tak sangka pula aku ni sudah jadi nenek. Tapi kami tak dapat tunggu pengantin naik sebab jam sudah menunjukkan pukul 5.30pm. Majlis persandingan diadakan sebelah malam.  Aku kena bergegas pulang sebab aku ni sememangnya rabun ayam. 


Selamat pengantin baru!












Kucing ni sudah dikira ahli keluarga si Watie ni...



Aku dan Watie...tercapai juga hajat mau bergambar bersama tahun ni

0 comments:

Post a Comment