Hari ini syawal ke-8.
Aku bukanlah jenis manusia yang akan mengsms saudara seislamku untuk mengucapkan selamat hari raya. Aku akui aku agak kedekut membeli kredt prepaid jadi aku agak membatasi penggunaannya. Hanya mereka yang mengirmkanku sms maka aku akan membalasnya. Namun, ada juga beberapa manusia yang kukirimi ucapan ini bilaku rasa aku banyak buat dosa dengan mereka.
Namun pada entry ini, aku dengan ini secara rasminya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua sahabat-sahabatku yang menyayangi aku, masih menyayangi aku, atau pun yang sudah berhenti sayang aku. Mungkin, jarak yang jauh telah memisahkan kita, mungkin kesilapanku berbahasa menjadikan hubungan kita renggang, mungkin tatacaraku bersahabat memberatkan keadaan, maka untuk itu, aku memohon jutaan kemaafan. Aku sedar sekadar kata maaf belum cukup untuk mengubat luka. Oleh itu, pada mereka yang masih terluka, ambillah sebanyak mana masa yang kamu mahu untuk memaafkan aku.
Kepada sahabatku Susan, selamat untuk bayi keduanya. Maaf tidak mengucapkan selamat hari raya untukmu. Aku pelit pulsa. Haha...
Kepada sahabatku Connie, selamat menanti kelahiran kembarmu. Teringat sup tulang Connie tahun lepas, harap dia buat rumah terbuka lagi tahun ni...
Kepada sahabatku Atie, aku mengirimimu dua kali sms mengucapkan selamat hari raya tapi tetap kau ogahkan saja. Aku malah telah memohon maaf dua kali secara terbuka di blog, tapi tetap kau ogahkan juga. Mungkin maafmu terlalu mahal untukku. Semoga Allah mahu membukakan hati itu kemudian nanti.
Err...siapa lagi nama sahabat yang perlu aku sebutkan ya? Rasanya cuma mereka bertiga yang paling akrab denganku...
Kepada sahabat-sahabat lain, yang mungkin membaca ini; Maafkanlah aku...
1 comments:
Kepada sahabatku Ade, samalah kita pelit pulsa hahahah. Tapi kita tetap saling maaf memaafkan sesama sendiri. Thanks dear. Hope to see you soon! Salam aidilfitri dari seberang.
Post a Comment