Sunday, August 12, 2012 | By: Luna Biru

Ramadan bulan Ujian

Ramadan itu bulan keberkahan. Bulan mulia, bulan menguji kesabaran, bulan penuh keimanan, dan bulan apa-apalah yang mendatangkan segala macam kebaikan.

Tapi bagi aku ramadan itu bulan penuh ujian. Titik.

Kita tidak saja diuji tentang lapar dan dahaga. Juga tentang menahan segala nafsu-nafsu serakah yang tak pernah sedikitpun mengundang apa-apa jenis kebaikan di muka bumi ini. Nafsu itu berawal dari singgahan syaitan di dalam qulbi. Dan setan sialan itu terus menetap di situ biarpun Ramdan yang suci ini telah memenjarakan kuasanya.

Kita sering gagal diuji bukan kerana kita tewas dengan bujukan syaitan. Tapi kerana kita gagal menjadi kuasa yang lebih kuat yang mampu menewaskannya. Kita gagal kerana kita sememangnya terlalu lalai hingga membiarkan nafsu-nafsu serakah itu terus bebas menguasai kita. Kita gagal kerana kita sememangnya begitulah...kerana itu adalah wajah sebenar kita...

Wallahuaklam...


0 comments:

Post a Comment