Monday, June 30, 2014 | By: Luna Biru

tanpa tajuk

Ramadhan sudah menjengul buat hari kedua, saat entry ini kutaip.

Tak ada perubahan mutlak dan aku pun tidak mengharapkannya. Semuanya sama saja seperti tahun-tahun lalu. Dan aku pun sudah lelah nak meluahkan perasaan aku. Aku kena terima hakikat bahawa itulah hidup yang aku akan hadapi sepanjang musim Ramadhan berlangsung. Hidup ini tak pernah sunyi dengan dugaan. Maka, ini adalah bahagian kepada dugaanku. Inilah perangku, inilah jihadku. Perang dan jihadmu, kau fikirlah sendiri.

Cuma, yang aku harapkan hanya satu :

Kalau tak tahu mengurangkan beban, jangan pula menambahkan sakit kepala. Enyahlah jauh-jauh. Janganlah mendekat sampai masa sungkai tiba. 

0 comments:

Post a Comment