13 tahun selepas kelahirannya di dunia aku...anak harapan dunia akhirat aku ni ternyata sengaja buat aku lupa dengan sakit tounsilnya.
Abe punya sejarahnya sendiri. Sejarah yang terlalu pedih untuk aku ingat. Aku sayang dia lebih dari aku sayang nyawa aku. Melihat jauh ke dalam matanya yang gelap dan likat itu, aku tahu...dialah yang akan menjaga keluarga ini suatu hari nanti.
Abe tak kenal putus asa dalam menjaga kami. Betul, dia nakal bukan main. Tapi dia manusia yang kaya dengan tanggungjawab. Dia melaksanakan amanah yang tergalas di bahunya dengan sepenuh jiwa raganya. Jauh dari sikap mementingkan kerja yang ada pada Arin, dan sikap acuh tak acuh pada tanggungjawab yang ada pada Anis, Abe muncul sebagai ikon yang boleh aku harapkan. Dia tidak pernah putus asa menjadi pemandu meski kredibilitnya ditolak oleh sang abang yang kononnya kepala keluarga dan merasa tidak layak untuk ditegur.
Besok kalau aku pergi, aku tahu dia lebih layak untuk tinggal. Sikapnya yang jujur dalam menegur dan tidak pernah pula putus asa memberi teguran (meski dia sendiri pun teruk sangat), akan menjadi wakil aku di sini. Aku percaya adik-adiknya lebih selamat dengan kehadirannya di sini. Tapi dalam masa yang sama, aku mahu bawa dia keluar, melatihnya melihat dunia agar segala pengalaman yang didapatinya nanti akan membuatnya semakin matang dan menghargai nilai taggungjawab.
Agh...akhirnya aku punya anak yang tahu nilai tanggungjawab dan amanah. Aku selalu cakap, aku merisaukannya lebih dari yang lain. Aku melihat dia sebagai seorang tokoh besar. Aku malah pernah bilang bahawa besok kalau aku mahu mati, dialah yang akan jadi pemberat pada kematianku akibat kerisauanku yang melampau padanya.
Tapi percayalah Abe, anakku, nyawaku,
Sebenarnya jauh di sudut hati mama, mama percaya bahawa kaulah orangnya yang akan membuat mama mati dengan senyum di bibir. Kehadiranmu dalam hidup mama melenyapkan ketakutan mama tentang hala tuju keluarga ini bila mama tiada kelak. Mama sudah lama menantimu menjadi matang. Kau adalah beluncas yang masih berusaha menjadi rama-rama yang cantik. Dan mama akan terus di sini menantimu...
Keluarlah dari kepompong keanak-anakkan, Abe ku...
Sanah Helwah.
Love,
Mama.
0 comments:
Post a Comment