Tuesday, June 17, 2014 | By: Luna Biru

kesungguhan, keterujaan

Hati aku yang berjiwa ala-ala Feminisme ini pun berkata ; Kalaulah keterujaan pada bidang hobbies and interest itu ditumpahkan kepada bidang mencari duit dan menyara kehidupan, sudah pastilah kami sudah lama hidup senang. Kalaulah sikap komitment dan kesungguhan terhadap hobbies dan interest itu ditimbalbalikkan kepada usaha untuk memperbaiki kehidupan, sudah pastilah kami tidak terpuruk dalam laut masalah sampai sekarang.

Tapi apa boleh buat. Kita orang melayu lebih suka layan jiwa blues. Bukan malas. Tapi belum celik. Bukan tak terfikir. Tapi belum matang walaupun saban hari diratah oleh kemelut konfrontasi.



Soalnya sekarang, apa salahnya menukarkan hobbies dan interest itu agar menjadi lebih bermanfaat dan boleh mendatangkan kewangan instead of sekadar menjadi ahli sukarelawan yang lebih layak dipanggil kuli?

Dengan segala kelebihan dan kemampuan yang ada, baik dari segi kudrat dan bakat, aku tak fikir bahawa taraf itu cuma terhenti setakat volunteer semata-mata. Orang sanggup jual seni sana sini dan mempertaruhkan bakat yang cuma keciput semata-mata nak cari sesuap nasi. So, apalah salahnya kita yang konfirm berbakat besar ini bersifat lebih berani berjuang dari orang lain?

Tapi apa boleh buat. Ada orang yang memang susah nak sedar-sedar. Kepuasan bagi kita bersifat berbeza-beza. Mungkin dengan menunjukkan kesungguhan menjadi volunteer mendatangkan kepuasan rohani. Mungkin kesusahan yang dialami tak cukup menjadi penyuntik kepada motivasi untuk berubah sikap.


0 comments:

Post a Comment