Wednesday, June 4, 2014 | By: Luna Biru

Maafkan aku, Tuhan

Baiklah. Aku salah.

Tuhan cuma berdehem, bukan ketawa. Dia menegur dengan cara paling halus. Aku kalut kerana aku tak pernah memberikan yang terbaik untukNya, maka aku takut kalau Dia juga memberikan hal sama untukku. Memang padan muka aku kalau Tuhan buat begitu.

Tapi aku tahu kalau Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Makanya dalam waktu sejengkal, peti suratku penuh dengan jawapan-jawapan yang aku inginkan. Sekarang aku cuma tinggal pilih mana yang terbaik. Yang pastinya, Qatar bukan lagi hidangan yang menggiurkan. Mana tahu, aku bakal jadi penghuni Istanbul?

Apa yang pastinya, aku sudah tak mampu berdiri lagi di sini. Merayap pun aku tak bisa lagi. Aku sudah lama bermimpi mengucapkan selamat tinggal pada tanah keramat ini. Mudah-mudahan inilah jalannya.

Ampunilah aku, Tuhan.

0 comments:

Post a Comment