ESL...EFL
NS...NNS
Sorilah pakai akronim. Peduli hapa aku kalau kau tak faham. Kalau ada yang tak faham sure bukan dalam bidang pendidikan punya. So entry ini cuma limit untuk mereka yang berada dalam bidang ni saja, khususnya dalam bahasa inggeris.
Perdebatan tentang siapa yang layak untuk memegang title sebagai guru bahasa inggeris either ESL/EFL, NS/NNS jadi topik hangat antara forumers. Bidang BI jadi pertikaian samada ia layak diajar menjadi L2 atau untuk komunikasi semata-mata. Kualiti fluency, accuracy dan kredibiliti antara NS dan NNS didebat hebat. Apa yang pastinya, arus yang bergolak itu telah menjadikan aku tersepit di tengah-tengah.
Ada yang berpendapat bahawa hanya NS saja yang layak untuk mengajar BI. Ada juga menyokong EFL sebagai sebuah wacana dalam merubah sistem ESL. ESL kononnya sudah lapuk dan terhad untuk sesuatu keperluan semata-mata. Malaysia sendiri telah membuktikan betapa gagalnya ESL ini kerana most of our students hanya hebat on paper tapi hancur komunikasi.
Dalam kata lain, arus pendidikan global masa kini lebih memerincikan bidang komunikasi jauh daripada penguasaan bidang ilmu BI itu sendiri.
Maka atas kesedaran inilah maka negara kita mulai dibanjiri NSs yang dibawa masuk sampai ke ulu kampung untuk mengajar guru-guru BI yang bangang ni untuk bercakap BI dengan kadar fluency yang standard. Objektifnya mudah, makin lama bercampur dengan NS, makin tinggilah pula kemampuan kita untuk berkomunikasi. Ianya juga bertujuan untuk memperbaiki kelemahan dalam pertuturan seharian. Yalah...nak bawa guru2 BI kampungan ni pi belajar di luar negara manalah kerajaan mampu kan...so cara yang terbaik ialah dengan membawa mereka masuk dan hidup di kalangan kita, menjadi tutor dan mentor kita, sama macam zaman kolonial dulu. Cara ni terbukti berkesan sebab orang dulu2, biar tukang kebun sekalipun mahir bertutur dalam BI walaupun sepatah haram tak pandai baca BI.
Aku tak cakap benda ni salah. Ada ke aku cakap salah? Tak ada kan...Hasrat murni kerajaan nak memperbaiki lidah dusun kita memang patut dipuji habis-habisan. Tak kisahlah kalau NS ni tetiba datang sekolah kita dan terjah masuk dalam PnP kita dan ubah acuan hidup kita macamlah kita ni tiada benda lain nak dibuat selain nak melayan dorang semata-mata. Itu semua tak apa...dorang tu NS...kita kena sanjung. Jadikan dorang role-model kita. Dorang tu hebat. Ilmu bukan alang-alang. Tak ke kau bangga boleh bertutur dengan para NS ini dengan gaya bahasa yang kelas? Tak ke kembang lubang hidung kau kalau kau kena puji2 oleh NS sebagai NNS yang paling fluency berbanding rakan-rakan dusun yang lain? Besok lusa kalau kau ke London, taklah malu nak bertutur di sana nanti. That's why kita kena puji kerajaan atas usaha ini.
Out of interest...
Setelah panjang berhujah2 ni aku pun tak tau sudah apa main point aku...
Maunya tak...menulis waktu emosi sedang meledak-ledak so apa yang nak ditulis pun sudah tiada kronologinya lagi.
Cuma...
Jauh di sudut hati aku tertanya-tanya...
Adakah kita perlu memanggil Pak Arab dari negara Arab itu sendiri untuk memastikan kita mahir mengaji? Adakah tanpa berguru dengan Pak Arab, segala sebutan, diksi dan ucapan mengaji kita tidak akan pernah setaraf dengan bangsa-bangsa Arab? Adakah hanya bangsa Arab saja yang layak menjadi guru mengaji kita baru kita diperakui pandai mengaji dengan sebutan yang menepati standard?
Ok. Macam tiada kaitan. Soalnya mengaji itu adalah ESL dan bercakap bahasa Arab itu pula adalah EFL.
Pokok persoalan aku pula ialah : Adakah hanya NS saja yang layak menjadi guru BI walaupun hanya berbekal sijil EFL untuk 120 hours?
Dan kita, the NNS, tak kiralah sefluency manapun, sehebat apapun, degree tinggipun, layak untuk dipertikai untuk menjadi guru BI.
Apa kau kata, Susan?
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
0 comments:
Post a Comment