Aku ni gila. Kau tau aku gila. Kau tau aku ada kenekadan menggila. Kau mana ada semua tu. So memang tak adil aku nak comparekan kau dengan aku. Bagi aku, kehendak aku melepasi segala halangan. Kalau aku tak dapat jalan dari atas, bawah tanah aku korek. Tapi bagi kau pula, menunggu adalah cara paling murni. Bagi kau,cukup sekali tekan loceng pintu dan kemudiannya duduk depan pintu tunggu tuan rumah bukakan untuk kau. Tapi kalau aku, agak-agaknya boleh roboh pintu rumah aku gendang kalau dah tekan loceng tuan rumah tetap tak buka pintu.
Itu analogi tentang bezanya sikap kita. So, kekontarsan sikap ini kalau dua-dua duduk dalam satu perahu memang haru-birulah jawabnya.
Tak ada garis panduan yang menetapkan sikap siapa yang betul sebenarnya. Tapi kita berpegang pada hakikat bahawa objektif setiap usaha itu adalah hasil. Tanpa hasil, walau sebaik manapun usaha tidak bermakna apa-apa. Tapi itulah...kau mana boleh jadi macam aku. Gila kita tak sama. Aku tak berhak nak paksa kau untuk jadi gila. Oleh kerana aku tau kau tak gilalah agaknya aku naik angin dari kemarin. Soalnya aku tau, kau lebih banyak buang masa menunggu dan menunggu...kau tau tak menunggu tu lebih penat dari jadi gila? Tapi penat yang tak berbaloi...
Aku harap ada benda-benda ajaib berlaku malam ni. Kalau tak pun, esok Insya Allah ada. Kau tau kau boleh depends on me. Kenapa kau tak sound pagi-pagi morning? Kau tau aku takkan biar kau berlapar pun. Kenapa tak percaya aku boleh setelkan benda ni?
Hampeh betul...
0 comments:
Post a Comment