Selama ini aku berbangga kerana aku seorang yang tidak mudah berputus asa, kuat semangat dan rajin berusaha.
Namun semenjak dua menjak ini baru aku menyedari bahawa tidak berputus asa itu adalah sesuatu yang amat memenatkan. Kuat semangat itu pula adalah sesuatu yang menyakitkan dan rajin berusaha itu menjadikan kita bagai kasut yang sudah haus tapaknya.
Ketiga-tiganya adalah penyakit yang berbahaya. Kerajinan menimbulkan ketagihan, courage menjadi obsesi dan berambisi adalah suatu pemerasan untuk terus hidup di alam fantasi.
Ketiga-tiganya memalsukan harapan. Lalu kita pun mempertaruhkan segala yang ada kerana sudah terkesima dengan harapan yang kita ciptakan sendiri.
Ok. Aku lelah. Tapi aku masih belum berputus asa. Perjalananku masih jauh.
0 comments:
Post a Comment