Wednesday, June 4, 2014 | By: Luna Biru

Aku memang salah

Baiklah.

Cemuhlah aku sebagai queen control.

Bikin malu.

Padahal, kalau aku lambat, abang pasti akan menungguku depan pintu dengan dua depang tangannya. Tak sedikitpun dia pernah berprasangka buruk padaku. Mungkin kerana dia tahu aku paling tidak suka berada di luar rumah.

Tapi aku?

Baiklah. Aku salah.


Sekali lagi aku menuduh rokok yang jadi biang keladi semua ini. Perlukah ku lapor pada pak polisi tentang kesalahan si rokok yang telah mengadu domba keharmonian kami?

Tapi...kalau aku boleh bela diri, aku akan bilang perbezaan besar antara aku dan abang ialah kerana aku tahu dia sangat menikmati hubungan manisnya dengan kerjanya hingga mudah lalai pada dunia nyata. Jadi kelalaiannya ini sangat menakutkan a.k.a menjengkelkan. Makanya aku selalu menemukan pelbagai sebab untuk menyentap-nyentap kelalaian itu meskipun aku selalu bersumpah untuk berubah.

Apapun, aku tetap salah.

Dan membuang kesalahan itu pada rokok tidak akan mengurangi kesalahanku meskipun rokok itu bakalan masuk penjara dan dihukum gantung.



0 comments:

Post a Comment