Akhirnya ada juga GB yang sanggup nak bagi aku APC. Terima kasih banyak-banyak wahai GBku...walaupun kita sering bertelagah pendapat dan saling suka berdebat-debat tapi aku tak sangka kalau dia masih menilai aku dari sudut mata seorang penilai rasional.
Sekurang-kurangnya dia berani nak pertahankan aku dan tak ceroboh merampas apa yang dah jadi hak orang lain macam GB sebelum ni.
Baru-baru ni aku ada cakap dengan abang kalau aku dah hampir sejengkal nak tinggalkan dunia KPM ni tapi masih tak dapat APC. Nampaknya terpaksalah aku tinggalkan dunia KPM tanpa apa2 pengiktirafan. Dahlah nanti pencen tak kena rai...Waktu tu juga hati aku berdetik kalau aku dapat APC tahun ni maknanya memang goodbye farewell present lah untuk aku. Dan sungguh tak sangka kalau akhirnya aku benar-benar menjadi penerima anugerah itu untuk tahun ini!
Entah kerana itu adalah petanda dari Allah atau juga sebab Allah sengaja bagi kat aku last-last minute untuk selamatkan jiwa aku yang dah punah-ranah. Bak kata kawan aku si Rindianna, mungkin Allah sengaja save the best for the last sebab Dia tahu saat ini akan tiba...di mana aku sudah burned out dan hangus rentung lalu Dia berikan ini untuk membasahi jiwa aku...
Ah...aku tak tahu. Secara jujurnya aku tak layak untuk anugerah ini. Aku kenal siapa aku. Aku makhluk yang tiada disiplin, bekerja tak sistematik, kurang komited dan sangat introvert. Kelebihan aku hanya bersandar pada beberapa kerat kejayaan yang tak seberapa. Aku tak tahu kenapa pihak atasan memilih aku. Tapi aku rasa aku tahu kenapa Allah memberikan ini semua pada aku...
So, percaya sajalah pada takdir. Sepertimana aku redha dengan dua kehilangan sebelum ini, maka aku redhakan juga pada penerimaan yang satu ini.
Dan...di sinilah aku hari ini...
And the funny thing is...dahlah aku tak sempat nak beli coat shoes, satu-satunya kasut yang ada ni pun habis ranap sebab aku tersandung kain sendiri waktu nak bergambar atas pentas. Nasib baik cik Rindianna selamatkan keadaan...
Anyway, thanks to all for giving me this appreciation. To my GB, my PK and the PPD...thanks for selecting me.
To my abang, umi dan family...thanks for supporting me for all these years...
To abah...after a long time...akhirnya aku rasa juga pelukannya yang penuh bangga...
0 comments:
Post a Comment