Dua Minggu lepas Arin balik lambat. Dia jalan dari awal Subuh sampai ke malam tak balik. Aku sendiri tak sempat jumpa dia. Menjelang waktu maghrib, membawa ke Isyak, aku pun mulalah risau. Macam-macam ada dalam kepala; takut anak eksident; fikir apa yang anak makan; dia ada duit ke tidak; dia lepak dekat mana, dengan siapa; kena ambush polis ke apa waktu di cyber; takut kena buli orang ke...dia langsung tak hubungi aku dan the last update yang ada hanyalah melalui fb...
Aku cuba hold-holdkan kerisauan aku sampailah bila masa risau itu tamat dan berganti dengan kemarahan. Dia tak muncul-muncul juga selepas masa kemarahan yang akhirnya buat aku makin sesak. Aku pun cari dia melalui contact kawan-kawan dia yang ada dalam senarai fb aku. Aku seru nama dia atas angin dengan harapan Allah sampaikan kerisauan aku...kerisauan seorang ibu...seorang perempuan... Dan di situlah masalah mula berlaku; iaitu bila aku dah mula masuk campur...bila aku dah mula risau...
Akhirnya dia call dan kami pun jemput dia di rumah kawan dia. Itupun dah dekat jam 10.00. Dari air muka dia aku tau yang dia tau dia dah buat salah. Dia dah siap-siap pasang muka bersalah ala-ala kalut. Taktik tu pasti menjadi kalau dia tak lintasi masa marah aku.
Dipendekkan cerita, sampai rumah aku tibai dia habis-habisan. Aku tak ingat bila kali terakhir tangan aku ni sampai ke badan dia, tapi malam tu jadi saksi pada kemarahan melampau aku. Dia tak berhak nak buat aku risau. Dia tak berhak nak buat aku gila sorang-sorang memikirkan dia, sedangkan dia sedang happy-happy di sana dengan dunia dan kawan dia yang membahagiakan dia. Sebenarnya aku tak peduli kalau dia nak tunggang langgang gembira dengan kawan dia pun asalkan dia boleh consider dengan hati perempuan aku ni...
Malangnya Arin tak faham kenapa aku marah. Dia lawan aku, dia explain macam-macam sampai kami lupa topik utama padahal point aku satu je...
Lebih 24 jam dia berkurung dalam bilik dan tunjukkan pemberontakan dia. Kesimpulannya mudah; aku ni kolot, tak sporting, tak boleh tengok orang gembira, queen control dan ntah apa-apa lagi...seminggu dia tak ke mana-mana, tak update fb dan tak pegang laptop. Pun nak tunjukkan pemberontakan dia juga (selain sebab aku grounded). Aku tau dia saja buat begitu...nak tunjukkan pada aku yang dia terpaksa lepaskan semuanya demi aku. Konon-kononnya aku puaslah tu...
Malam ni, selepas dua minggu perkara tu berlaku, aku renung balik semuanya.
Apalah yang aku harapkan budak 16 tahun nak faham pasal kerisauan seorang ibu? Tak adil aku nak buat dia faham hati perempuan aku. Tu baru 16 tahun. Yang tua bangka umur nak cecah 40 tahun pun tak faham-faham, apalagi budak-budak.
Perhaps aku kena hentikan semua ni.
Perhaps aku kena lepaskan semua kerisauan aku dan biarkan saja dorang nak terbang ke mana saja sesuka hati.
Boleh ke?
Memang tak boleh selagi aku bergelar wanita. Tapi mungkin akan jadi nyata bila aku dah tiada di rumah ni nanti. Waktu tu, suka-suka hati korang lah nak balik jam berapa, nak lapor ke tak sebab korang dah tak ada depan mata aku lagi. Perempuan bangang yang kuat risau dan suka mencarut ni dah tak perlu lagi masa tu...
Kalau direnung-renung balik, sedih sebenarnya. Tapi tak apalah bah...we are family. We have the whole life to understand each other.
p/s : Tidakkah kamu patut bersyukur dan merasa berterima kasih bahawa di dunia ini masih ada orang yang merisaukan kamu? Aku rasa tak ada sesiapapun nak worry pasal keselamatan aku sebab orang tau aku boleh jaga diri dan tetap akan selamat. Sampaikan aku nak hidup sendiri di Qatar pun tak de yang kisah pun...
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
1 comments:
Aku kisah. Aku kepingin tahu cerita kau, Zue...tapi bukan sebagai penyibuk. Malah, kepingin jumpa kau sebelum kau pergi.
Post a Comment