Ramadhan sudah menjengul buat hari kedua, saat entry ini kutaip.
Tak ada perubahan mutlak dan aku pun tidak mengharapkannya. Semuanya sama saja seperti tahun-tahun lalu. Dan aku pun sudah lelah nak meluahkan perasaan aku. Aku kena terima hakikat bahawa itulah hidup yang aku akan hadapi sepanjang musim Ramadhan berlangsung. Hidup ini tak pernah sunyi dengan dugaan. Maka, ini adalah bahagian kepada dugaanku. Inilah perangku, inilah jihadku. Perang dan jihadmu, kau fikirlah sendiri.
Cuma, yang aku harapkan hanya satu :
Kalau tak tahu mengurangkan beban, jangan pula menambahkan sakit kepala. Enyahlah jauh-jauh. Janganlah mendekat sampai masa sungkai tiba.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
Powered by Blogger.
APC-ku
Akhirnya ada juga GB yang sanggup nak bagi aku APC. Terima kasih banyak-banyak wahai GBku...walaupun kita sering bertelagah pendapat dan saling suka berdebat-debat tapi aku tak sangka kalau dia masih menilai aku dari sudut mata seorang penilai rasional.
Sekurang-kurangnya dia berani nak pertahankan aku dan tak ceroboh merampas apa yang dah jadi hak orang lain macam GB sebelum ni.
Buat kali-3
Saat menatap surat pemberitahuan bahawa aku adalah penerima APC bagi sesi 2013, aku termangu tanpa rasa. Tak ada suprise. Tak ada keterujaan. Malang sungguh PK 1 aku yang begitu antusias memberitahuku perkara ini dengan harapan aku akan melonjak penuh syukur.
Ini adalah surat pemberitahuan buat kali ke-3 yang aku terima.
Aku ulang.
Ini adalah surat pemberitahuan buat kali ke-3 yang aku terima.
Maksudnya, bukan kali-3 aku menerima anugerah ini. Dua sebelumnya aku hanya menerima surat pemberitahuan. GB sekadar memaklumkan dan tidak berniat pula memanjangkannya. Jadi untuk kali ke-3 ini, aku hanya menanti sampai masa itu tiba untuk mempercayainya.
Musykil?
Tak apalah. Bukan apa-apa. Semua sudah berlalu membawa gemilang dan nilai persahabatan.
So, 26 Jun 2014, temujanji di Beringis Resort...aku tunggu.
why
Why you get me wrong?
Why you turned me into a bad person?
Why manipulating the words?
Come on, babe!
Why you turned me into a bad person?
Why manipulating the words?
Come on, babe!
Sanah Helwah, Abe Haiqal
13 tahun selepas kelahirannya di dunia aku...anak harapan dunia akhirat aku ni ternyata sengaja buat aku lupa dengan sakit tounsilnya.
Abe punya sejarahnya sendiri. Sejarah yang terlalu pedih untuk aku ingat. Aku sayang dia lebih dari aku sayang nyawa aku. Melihat jauh ke dalam matanya yang gelap dan likat itu, aku tahu...dialah yang akan menjaga keluarga ini suatu hari nanti.
Abe tak kenal putus asa dalam menjaga kami. Betul, dia nakal bukan main. Tapi dia manusia yang kaya dengan tanggungjawab. Dia melaksanakan amanah yang tergalas di bahunya dengan sepenuh jiwa raganya. Jauh dari sikap mementingkan kerja yang ada pada Arin, dan sikap acuh tak acuh pada tanggungjawab yang ada pada Anis, Abe muncul sebagai ikon yang boleh aku harapkan. Dia tidak pernah putus asa menjadi pemandu meski kredibilitnya ditolak oleh sang abang yang kononnya kepala keluarga dan merasa tidak layak untuk ditegur.
Fobia
Kau harus faham bahawa kita bukanlah berada di medan perang dalam mencari siapa betul, siapa salah, siapa menang, siapa kalah, siapa pandai, siapa bodoh, siapa yang terbaik dan siapa yang terbalik.
Kau dan aku bukanlah musuh dan aku tak perlu melayanmu seperti banduan dan kau tak perlu juga menghakimiku seperti pesalah.
Kalau kau masih ingat, empayar yang sedang kita duduki hari ini adalah apa yang telah kita bina bersama. Kita mulakannya dengan membina sebuah istana pasir di tepi pantai. Beribu kali istana kita roboh dihujam ombak. Kita saling menyalahkan hinggalah akhirnya kita sama-sama menemukan cara terbaik untuk menyelamatkan istana itu.
£18K
Aku ada berita berharga £18K nak bagitau.
Jantung aku meledak2 hampir pecah sebab sarat dengan lantunan2 gembira.
Sayang...berita tu sekarang dah jadi seharga dua puluh sen. Dah tak laku lagi.
Sikap.
Itulah puncanya...
Semuanya hancur gara2 sikap.

A very simple rule
It is just a simple rule.
Just one rule.
Entah bangang sangatkah sampai tak faham2 atau memang rule tu mengarut dan tak layak nak dipraktikkan.
Tak layak, you said?
Jadi kalau rule itu mengarut maka kita akan kehilangan point sama sekali untuk membuat anak2 menghormatinya.
Bak kata aku pada abah dulu...
Kepimpinan melalui tauladanlah, Abah!
Derhaka anak adalah kerana derhaka ibubapa pada Allah.
Derhaka isteri adalah kerana derhaka suami pada Allah.
Aku tak takut kutukan. Aku tak buat salah. Nak sumpah seranah aku, silakan.
asal jangan sumpah makan diri.
Hati-hati.
So it is just a simple rule to be understand. To be respect.
Bangang sangatkah nak faham?

entry sakit hati aku
ESL...EFL
NS...NNS
Sorilah pakai akronim. Peduli hapa aku kalau kau tak faham. Kalau ada yang tak faham sure bukan dalam bidang pendidikan punya. So entry ini cuma limit untuk mereka yang berada dalam bidang ni saja, khususnya dalam bahasa inggeris.
Perdebatan tentang siapa yang layak untuk memegang title sebagai guru bahasa inggeris either ESL/EFL, NS/NNS jadi topik hangat antara forumers. Bidang BI jadi pertikaian samada ia layak diajar menjadi L2 atau untuk komunikasi semata-mata. Kualiti fluency, accuracy dan kredibiliti antara NS dan NNS didebat hebat. Apa yang pastinya, arus yang bergolak itu telah menjadikan aku tersepit di tengah-tengah.

kesungguhan, keterujaan
Hati aku yang berjiwa ala-ala Feminisme ini pun berkata ; Kalaulah keterujaan pada bidang hobbies and interest itu ditumpahkan kepada bidang mencari duit dan menyara kehidupan, sudah pastilah kami sudah lama hidup senang. Kalaulah sikap komitment dan kesungguhan terhadap hobbies dan interest itu ditimbalbalikkan kepada usaha untuk memperbaiki kehidupan, sudah pastilah kami tidak terpuruk dalam laut masalah sampai sekarang.
Tapi apa boleh buat. Kita orang melayu lebih suka layan jiwa blues. Bukan malas. Tapi belum celik. Bukan tak terfikir. Tapi belum matang walaupun saban hari diratah oleh kemelut konfrontasi.
Tapi apa boleh buat. Kita orang melayu lebih suka layan jiwa blues. Bukan malas. Tapi belum celik. Bukan tak terfikir. Tapi belum matang walaupun saban hari diratah oleh kemelut konfrontasi.
Lelah
Selama ini aku berbangga kerana aku seorang yang tidak mudah berputus asa, kuat semangat dan rajin berusaha.
Namun semenjak dua menjak ini baru aku menyedari bahawa tidak berputus asa itu adalah sesuatu yang amat memenatkan. Kuat semangat itu pula adalah sesuatu yang menyakitkan dan rajin berusaha itu menjadikan kita bagai kasut yang sudah haus tapaknya.
Ketiga-tiganya adalah penyakit yang berbahaya. Kerajinan menimbulkan ketagihan, courage menjadi obsesi dan berambisi adalah suatu pemerasan untuk terus hidup di alam fantasi.
Ketiga-tiganya memalsukan harapan. Lalu kita pun mempertaruhkan segala yang ada kerana sudah terkesima dengan harapan yang kita ciptakan sendiri.
Ok. Aku lelah. Tapi aku masih belum berputus asa. Perjalananku masih jauh.
sebuah ketakutan
Tuhan, lihatlah aku.
Aku sudah tua dengan kulit pipi yang menyonyot ke bawah dagu. Tubuhku mengurus dan warnaku sekusam buah ciku yang kesat dan menggerutu. Jemariku melepuh, mataku mengherot sebelah, anak-anak uban bercacak ngeri di atas ubun-ubunku. Aku takut melihat wajahku sendiri di cermin, apalagi membiarkan wajah itu dirakam oleh gajet digital.
Aku tua dan hodoh. Cantikku telah dirampas waktu.
Tuhan lihatlah aku.

*Kulepaskannya pergi
Hari ini kulepaskan pipitku pergi...
Tanpa sayap, tanpa paruh, tanpa sesen pun duit di tangan dia pergi juga. Kulihat kilatan takut lewat matanya saat menatapku kali terakhir di boarding gate. Aku tahu takutnya berpecah tiga; satu kerana dia tahu aku bakal terluka, kedua kerana dia lebih takut keterlukaanku bakal menghambatnya pergi. Aku dapat merasakan ciuman lewat matanya. Namun yang paling utama ialah dia takut bakal kehilangan peluang paling bernilai ini lagi kerana aku...

Pemergiannya tanpa segala sesuatu yang bernama kelengkapan merupakan satu tamparan hebat buatku. Entah kerana dia mahu membuktikan bahawa dia sudah cukup matang untuk berdikari; atau kerana dia ingin aku tahu bahawa kerisauanku adalah suatu hal yang tak berasas; atau mungkin juga kerana dia sudah berada pada batas usia kritikal. Yang pastinya dia hanya ingin membuktikan sesuatu....kalau bukan padaku, pembuktian itu adalah untuk koleksi peribadinya sendiri yang bakal menambah keyakinan dirinya dan menaikkan harga dirinya...
Bukan salahnya.
Semua orang punya mimpi. Setiap kita berhak memeluk dan meraih mimpi. Aku adalah perampas tegar yang buta oleh cinta, ketamakan dan dendam. Aku yang tidak terlahir sebagai manusia yang mahu dipimpin, cenderung merasa angkuh dengan keberdayaanku. Aku lupa, suatu saat manusia bakalan nekad juga; seperti burung yang walau sekecil mana akan besar dan bersayap juga.
Melihatnya lenyap di balik pintu kaca menuju ke gerbang impiannya, aku tergamam. Kilatan takut tadi tak kulihat lagi. Jesteru yang ada hanyalah kelegaan dan birat kebebasan. Dia bahkan tidak menoleh ke belakang untuk tahu aku masih di situ atau tidak. Dia nekad. Benar-benar nekad. Tanpa sesen duit di tangan dia nekad mengharung nasibnya...
Kutelan liurku yang mendadak jadi pahit.
Baru ku sedar saat itu bahawa bukan dia yang menggantung nasibnya padaku. Ternyata selama ini akulah yang mengalungkan seluruh jiwa ragaku di lehernya. Aku bagai hantu kecil yang mati terlanggar dan berpaut di kaki ibunya yang masih hidup. Aku bagai toyol yang menggendeng belakang tuannya kerana takut ditinggalkan. Kufikir akulah yang terkuat dan terhebat. Namun hari ini dia telah membuktikan betapa silapnya aku...
Sudah kukatakan padamu kawan bahawa pemergiannya adalah suatu tamparan yang hebat.
Ia menyedarkan aku bahawa sesuatu sudah sampai masanya untuk diubah. Aku harus berhenti jadi naif. Paling utama, aku harus berhenti jadi seorang perisau. Hati perempuanku harus dibunuh mulai sekarang. Aku tak perlu lagi merisaukannya. Tidakkah kau tahu kawan? Bahawa terlalu mengambil berat itu hanyalah sebuah ilusi tentang kasih sayang? Hakikatnya, ia hanya menyusahkan; merimaskan bagi pihak yang dirisau dan pembunuh mutlak pada si perisau.
Jadi hari ini pipitku sudah terbang nun tinggi di langit sana...
Tamparan yang menghujam di pipiku berubah menjadi sakit yang nikmat. Aku akhirnya tersenyum penuh sarkastik. Pilu dan lega berbalam dalam gelora nafasku. Tiada apa lagi yang kuharapkan saat ini kecuali ingin meredhai kebahagiaannya. Dia sudah memberikan segala yang terbaik untukku selama ini. Dia berhak untuk mendapatkan semua itu kembali. Tidak adil kuletak palang atas pintu bahagianya hanya kerana aku merasa lebih layak untuk menderita. Dia telah membina usahanya dengan susah-payah. Kejamlah aku untuk merampasnya hanya kerana dia tak mampu bersamaku di saat aku memerlukannya.
Tak ada pemilikan mutlak. Tak ada hamba sahaya. Tak ada pengabdian kekal.
"Terbanglah kau wahai piptku...kerana aku tahu besok kau kan pulang sebagai enggang..."
Hati perempuan aku
Dua Minggu lepas Arin balik lambat. Dia jalan dari awal Subuh sampai ke malam tak balik. Aku sendiri tak sempat jumpa dia. Menjelang waktu maghrib, membawa ke Isyak, aku pun mulalah risau. Macam-macam ada dalam kepala; takut anak eksident; fikir apa yang anak makan; dia ada duit ke tidak; dia lepak dekat mana, dengan siapa; kena ambush polis ke apa waktu di cyber; takut kena buli orang ke...dia langsung tak hubungi aku dan the last update yang ada hanyalah melalui fb...
Aku cuba hold-holdkan kerisauan aku sampailah bila masa risau itu tamat dan berganti dengan kemarahan. Dia tak muncul-muncul juga selepas masa kemarahan yang akhirnya buat aku makin sesak. Aku pun cari dia melalui contact kawan-kawan dia yang ada dalam senarai fb aku. Aku seru nama dia atas angin dengan harapan Allah sampaikan kerisauan aku...kerisauan seorang ibu...seorang perempuan... Dan di situlah masalah mula berlaku; iaitu bila aku dah mula masuk campur...bila aku dah mula risau...
Akhirnya dia call dan kami pun jemput dia di rumah kawan dia. Itupun dah dekat jam 10.00. Dari air muka dia aku tau yang dia tau dia dah buat salah. Dia dah siap-siap pasang muka bersalah ala-ala kalut. Taktik tu pasti menjadi kalau dia tak lintasi masa marah aku.

sebuah perahu
Aku ni gila. Kau tau aku gila. Kau tau aku ada kenekadan menggila. Kau mana ada semua tu. So memang tak adil aku nak comparekan kau dengan aku. Bagi aku, kehendak aku melepasi segala halangan. Kalau aku tak dapat jalan dari atas, bawah tanah aku korek. Tapi bagi kau pula, menunggu adalah cara paling murni. Bagi kau,cukup sekali tekan loceng pintu dan kemudiannya duduk depan pintu tunggu tuan rumah bukakan untuk kau. Tapi kalau aku, agak-agaknya boleh roboh pintu rumah aku gendang kalau dah tekan loceng tuan rumah tetap tak buka pintu.
Itu analogi tentang bezanya sikap kita. So, kekontarsan sikap ini kalau dua-dua duduk dalam satu perahu memang haru-birulah jawabnya.
masa
Cuti dua minggu yang ditunggu-tunggu musnah oleh kesibukan.
Kesian anak-anak terpaksa cari bahagia sendiri. Aku pula macam orang hilang akal tak tau nak buat apa selain semak peti surat. Nak pujuk-pujuk anak pun agaknya dah tak laku lagi kot taktik kuno aku...
Kebersamaan dalam mengisi masa yang berqualiti adalah kunci pada yang bernama family. Kami dah tak ada semua tu. Kerajaan dan kemiskinan dah rampas semua.
Kelak bila kami benar-benar sudah hidup berpisah benua baru kami sedar betapa banyaknya masa yang telah kami siakan...
tanpa tajuk
Aku tak kata apa yang dia alami itu suatu penipuan.
Aku tak kata apa yang dia cakap adalah bohong.
Aku tau semua yang dia cakap betul. Tak perlu ada saksi pun aku tau dia cakap betul.
Yang menipunya adalah perasaan.
Aku tak suka bila dia pulang dengan muka konon2 terdesak padahal at that moment dia sangat menikmatinya. Kenapa perlu menipu tentang perasaan? You're enjoy it so nikmatilah. Kenapa twistkan perasaan tu seolah2 kau tak layak nak dapat kegembiraan tu.
Perhaps itu yang buat aku marah sangat.
Perhaps itu yang buat aku rasa semua tu satu penipuan dan kehipokritan.
Apa yang pasti aku tak persoalkan tentang kebenaran kronologi cerita. Tapi biasalah kita manusia ni...bila dah gaduh suka ambil kesimpulan yang bukan2.

Aku memang salah
Baiklah.
Cemuhlah aku sebagai queen control.
Bikin malu.
Padahal, kalau aku lambat, abang pasti akan menungguku depan pintu dengan dua depang tangannya. Tak sedikitpun dia pernah berprasangka buruk padaku. Mungkin kerana dia tahu aku paling tidak suka berada di luar rumah.
Tapi aku?
Baiklah. Aku salah.

Maafkan aku, Tuhan
Baiklah. Aku salah.
Tuhan cuma berdehem, bukan ketawa. Dia menegur dengan cara paling halus. Aku kalut kerana aku tak pernah memberikan yang terbaik untukNya, maka aku takut kalau Dia juga memberikan hal sama untukku. Memang padan muka aku kalau Tuhan buat begitu.
Tapi aku tahu kalau Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Makanya dalam waktu sejengkal, peti suratku penuh dengan jawapan-jawapan yang aku inginkan. Sekarang aku cuma tinggal pilih mana yang terbaik. Yang pastinya, Qatar bukan lagi hidangan yang menggiurkan. Mana tahu, aku bakal jadi penghuni Istanbul?
Apa yang pastinya, aku sudah tak mampu berdiri lagi di sini. Merayap pun aku tak bisa lagi. Aku sudah lama bermimpi mengucapkan selamat tinggal pada tanah keramat ini. Mudah-mudahan inilah jalannya.
Ampunilah aku, Tuhan.

sarkastik
Aku mendengar suara Tuhan ketawa. Kulihat takdirku menari-nari di atas pentas awan yang gemawang. Aku sedang dipermainkan oleh waktu. Sesuatu yang telah tertulis di Loh Mahfudz yang berkeras ingin kulawan sedang mempersendakan kebodohanku.
Ironis, kan?
Si benggali berbaju dhoti lusuh dan berjanggut tebal itu lebih mulia niat hijrahnya berbanding aku.
Dan aku?
Bakal terus menyulam kraft sialan dari jam 2.00 petang sampai 4.00 pagi.
Jadi itu takdirku?
Lucu amat.

Subscribe to:
Posts (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.