Wednesday, September 25, 2013 | By: Luna Biru

Pagi-pagi kronik

Mengurus anak-anak yang semakin meningkat usia ni ternyata lebih susah dari mengurus mereka saat kecil dulu. Kalau dulu, aku tak gusar nak tinggalkan dorang walau seminggu untuk ke kursus. Tapi sekarang, hati macam ditahan-tahan mahu pergi.

Aduhai anak-anak....

Entah kenapa semakin hari semakin susah diajak berunding. Masa kegelapan paling kronik tentu saja di awal pagi. Membangunkan dorang satu hal. Menyuruh mandi dan bersiap lagi banyak hal. Aku cuba tak marah-marah setiap pagi tapi makin dibiar, makin mencabar. Syukurlah abah tak pernah lelah jadi jam penggera setiap subuh.



Dalam banyak hal, aku kasihan benar pada Abe. Dia lah yang paling banyak membantu meringankan beban. Dialah yang membangunkan Acik, menerika baju Ade dan Ijan, memandikan...bahkan sampai ke tahap menyikatkan rambut. Mulutnya jangan cakaplah...bisingnya bukan main. Aku faham kalau dia stress hingga akhirnya, dia sendiri selalu kelewatan masa untuk diri sendiri....

Kalaulah, semua orang bergerak bersama saat pagi yang kronik itu, pastilah keadaan dapat diselamatkan. Masalahnya, hampir semua hidup macam manusia dalam kotak. Yang diurus cuma diri sendiri. Kalaupun sesekali membantu, itu pula jadi isu bangkitan berbulan-bulan....

Aku sudah cuba dan masih terus mencuba untuk memperbaiki keadaan setiap pagi. Hingga kini aku masih gagal.

Dari mula Arin sekolah sampailah ke Ade sekolah....aku tetap gagal menemukan resolusi untuk semua ini.

Ke kursus?

Entahlah....mungkin tidak. Zaman kursus sudah habis. Sekarang aku adalah cikgu surirumah.

0 comments:

Post a Comment