Tuesday, October 8, 2013 | By: Luna Biru

What stuck me

Digital Story Telling Competition bakal bertarikh mati Jumaat ini.

Aku memang tak bernafsu sangat mau ikut. Selain sebab trauma masa lalu, aku terpaksa akui aku kalah dari segi ilmu editing. Setakat buat penggambaran, shooting dan directing, aku boleh handle lagi walaupun boleh jatuh sampai ke laut. Tapi bab editing ni....memang kelemahan utama aku...

Kalau aku nak buka peluang pekerjaan samada jadi partner mahupun pekerja, for sure bahagian editor lah yang aku cari sangat. Tahun lalu pun, yang ku gesel-gesel sama abang adalah bahagian ni juga. Malangnya, abang terjun ke bidang shooting pula. 

Masalahnya sekarang, baik abang, Fye mahupun Kem, aku sedar, bukan senang nak minta tolong orang dengan hanya berbekalkan ehsan dan muka manis. Masing-masing pun sibuk dengan urusan sendiri. Mungkin aku memang tak patut nak menyibukkan diri aku dalam dunia serba asing ni. 

Oh...tak payahlah nak menyusah-nyusahkan otak. Baik tidur!

Good bye, DST!



0 comments:

Post a Comment