Sunday, September 15, 2013 | By: Luna Biru

Harapan jadi hasrat

Perdebatan pasal sejarah sudah mengganti isu-isu yang lebih bersifat polemik. Semuanya bermula bila aku menerima jemputan ke Formation of Malaysia Sabah's Untold Story.

Rata-rata bertanya; kenapa aku dijemput? Bagaimana aku boleh dijemput? Siapa aku dalam forum ni?

Well, jawapannya sebab aku terlibat dalam Sabah Society Club yang tak sengaja aku ikut lebih kurang setahun (agaknya).

Berbalik pada pengkisahan sejarah samada ianya sejarah Sabah mahupun sejarah Persekutuan Tanah Melayu. 

Apapun yang aku dapati hasil dari forum ini mungkin akan aku dokumentasikan pada entry lain dalam bentuk laporan penuh. Untuk entry kali ini aku hanya ingin memberitahu tentang hasrat hati aku untuk membuat satu booklet khas mengenai sejarah Sabah khusus untuk tatapan ahli keluarga aku saja. Eh, Kenapa ahli keluarga? Kenapa tidak dihantar ke penerbitan untuk dibukukan? Bukankah sia-sia segala usaha kalau nantinya tidak berbaloi?


Banyak sebenarnya pengkisahan yang being untold yang kalau boleh nak dipadamkan dalam lipatan sejarah kehidupan kita semata-mata nak selamatkan nama baik orang-orang tertentu. Dan aku tak mahu perkara-perkara ini nantinya akan ditimbulkan di kemudian hari lalu anak-anak aku dan keturunan aku merasa teruja mendengarnya lalu melakukan perkara-perkara ekstrem kerana merasa tidak diadili oleh pihak-pihak tertentu. Lebih menakutkan lagi kalau cerita-cerita itu nantinya diputar-belitkan hingga sejarah menjadi lagenda yang mitos. 

Aku juga tak mahu anak-anak keturunan aku hanya mendengar dan menerima cerita tanpa berkemampuan untuk berdebat balik dengan bukti yang nyata dan konkrit. Aku paling pantang bila keturunan aku berdebat mengikut pandangan sendiri tanpa dapat menampilkan hujah-hujah yang bersifat evidence yang mutlak. 

Aku juga tak bersedia lagi nak jadi racis. Aku cuma pegawai awam je bro...makan gaji dan disara penuh oleh kerajaan. Lainlah kalau ada siapa-siapa sudi bayar hutang aku di Angkasa semata-mata suruh aku jadi penulis sejarah. Kalau ada, for sure aku boleh berjalan seiring dengan Nadira Illana. 

Sejarah adalah bukti ketamadunan. Kita mungkin boleh ditipu oleh sejarah tapi kita tidak mungkin dapat membunuh semua saksi-saksi yang ada. Menyelami sejarah adalah suatu usaha memerdekakan diri kita dari kelongsong penjajahan mutlak. Aku mencintai sejarah meskipun semua guru sejarah aku dulu tidak membantu aku untuk mencintai subjek ini. Dan aku tak hairan kalau budak-budak sekarang bencikan sejarah hingga sejarah dijadikan subjek wajib lulus dalam SPM. Mengingati fakta sejarah lebih susah dari memahami rumus math, bak kata seorang pelajar. 

Jadi atas nama cintakan sejarah, maka harapan mendokumentasikan sejarah Sabah ini adalah kini menjadi hasrat yang mutlak.

Insya Allah.

Ini adalah salah satu the untold story. There's more...

1 comments:

Atie said...

Sorry aku masuk ke ruanganmu....

Aku sokong penuh kau buat booklet Sabah: The Untold Story. Terlalu banyak kisah2 yang sengaja di-hidden kan dari pengetahuan genarasi sekarang. Sehingga ramai yang keliru bila sebenarnya Sabah ini mencapai kemerdekaan yang sebenar. Seperti kau, aku juga selalu ingin anak-anak sabah tahu sejarah sabah sebenar2 kisah, tapi begitulah, hutangku di angkasa bertimbun2, nanti kena buang kerja, nda fasal2 kena isytihar muflis..kalau booklet kau siap, ..please hantar sama aku satu...

Post a Comment