Sunday, September 22, 2013 | By: Luna Biru

Taman Wild Life Lok Kawi


Setelah puas memujuk kami untuk melawat ke zoo, akhirnya Ade berjaya juga dalam rayuan gombalnya. 

Pada mulanya, rancangan ni cuma sekadar untuk kami-kami sekeluarga. Tapi kebetulan pula kazen aku, Kak Ana datang dari LD, makanya acara ini jadi ramai dan tentu saja makin meriah. 

Kami sampai selewat jam 2.30 petang sebab terpaksa tunggu Acik selesaikan Kem Bestari Solatnya. Arin dan Anies tak dapat ikut sebab sibuk menghadiri latihan sukan. Arin dengan latihan Borneo Cupnya sementara Anies pula dengan Archery-nya. Sebenarnya aku pun suka datang lewat-lewat ke sini sebab tak sanggup nak meneroka isi alam di Wild Life Park yang luas ni.   


gambar di sini
Kawasan taman ni sebenarnya agak besar dan memerlukan masa sehari suntuk untuk dihayati sepenuhnya. Pencinta alam dan haiwan atau yang nak kurus secara sihat pastinya sanggup nak jelajah seluruh taman ni. Oleh kerana kami pernah melaluinya tahun 2010 dulu, dan kepenatan itu masih menjadi trauma sampai sekarang, maka kami hanya bercadang untuk membawa budak-budak ni melihat show yang diadakan dua kali sehari. Kepada yang bercadang nak jelajah tempat ni, pastikan anda memakai pakaian yang bersesuaian dan membawa bekalan minuman dan makanan yang cukup.


Agak sulit berada di sini di tengahari tutuk ini sebab mahkluk-makluk Allah sedang sibuk nak membuang isi perut masing-masing. Bau-bau najis menerawang di udara dan memenuhkan paru-paru sampai aku rasa nak termuntah. Keinginan untuk menghayati kehidupan binatang ini surut serta-merta dan kami pun bergegas bergerak menuju ke destinasi yang lain. Target utama cuma nak tengok Harimau sebab Ade dah jadikan si Jong Kok idolanya.


Percaya atau tidak, antara semua jenis haiwan, aku agak tertarik dengan binatang satu ni. Bagi aku binatang ni sangat unik. Dia boleh gunakan kakinya sebagai tangannya, boleh berdiri dan suka balas balik bila kita tengok matanya. Mereka seolah-olah pandai berkomunikasi seolah-olah nak sampaikan sesuatu. Pergerakannya juga macam manusia. Aku juga tertarik dengan 'kalung' putih yang ada di lehernya.  Menurut sumber yang kudapati, beruang madu ini adalah jenis paling langka sekali dan hanya terdapat di Asia Tenggara sahaja. Ia adalah species beruang paling kecil dan merupaakan antara haiwan yang telah pupus populasinya. 


Dalam perjalanan menuju ke 'rumah' sang harimau, aku ternampak signboard untuk ke habitat para monyet. Oleh kerana masa dah suntuk dan habitat tu pula dalam kawasan hutan, maka aku batalkan niat untuk kesana. Padahal aku teringin sangat nak tangkap gambar bangkatan yang sudah jadi part of our history. Haha....gambar di atas adalah hasil ceduk dari google. 


Jadi inilah destinasi terakhir kami iaitu melihat harimau a.k.a si Jong Kok, Mr. Running Man. Puaslah hendaknya hati si Ade walaupun dia tak berapa suka tengok haiwan ni cuma dari dalam kaca. Adeh...hampeh tu Ade woiii....kalau nak duduk dan sentuh binatang ni macam kita pegang kucing...Tapi bagi aku perhaps pihak zoo boleh tukarkan cermin kaca yang dah lama dan lusuh tu kepada cermin baru yang lebih berkilat dan jernih. 



Jam 3.15 kami pun bersedia di dewan mini untuk menyaksikan pertunjukan haiwan. Ramai juga pengunjung waktu ni terutama budak-budak sekolah yang terlibat dalam lawatan tahun 6. Kami ambil seat depan sekali sebab sahut cabaran abang. Hehe...otherwise, sebab aku rabun jadi kalau aku duduk di atas, kompom tak nampak apa-apa. Tak banyak gambar aku ambil waktu ni sebab sibuk nak jaga kepala aku dari diberak burung. Ngeh....

Best juga drama yang pihak zoo sediakan sepanjang sesi pertunjukan ni. Walaupun ada masanya ketara sangatlah gimiknya, namun aku percaya budak-budak ni semuanya terhibur. Si Mogli tidak lagi bermain peran mungkin sebab dah tua. Banyak gambar diambil oleh abang dan kena tunggulah lagi bila masa dia nak apungkan gambarnya baru aku boleh nak sedut.


Jadi begitulah berakhirnya perjalanan kami di Taman haiwan ni. Kami pun diserang kepenatan yang menggila-gila. Sungguhpun lawatan ni tak sampai pun dua jam, tapi ianya sangat bermakna. Selepas ni, kami akan bergerak mengambil Arin di Stadium Likas dan kemudiannya ke 1B untuk meneruskan misi berfoya-foya. Che....padahal hari Isnin Abe ada SRU...

Ok...jom imbas-imbas balik kenangan dua kali ke sini dulu...


Yang ni tahun 2010. Bebudak ni masih kecil-kecil lagi dan sangat teruja untuk ke sini. Sekarang Anies dan Arin dah tak heran lagi nak ke sini. Masing-masing dah ada pilihan hidup sendiri. Anies pula lagi nak promot kat adik-adik yang kat zoo tu tiada benda yang menarik pun. Hampeh...cepat lupa daratan ni anak. Padahal waktu dia kecik-kecik dulu pun dia macam bebudak ni juga.


Yang ni pula tahun 2011. Waktu ni sekolah kami terlibat dalam Perkhemahan Alam Sekitar Peringkat Negeri Sabah. Anies baru tahun 5 waktu ni. Ini juga merupakan pengalaman pertama aku pegang ular. Waktu disuruh sekali lagi pegang ular hari ni aku dah tak gerun lagi. Yeah! I'm the fear factor champion!

0 comments:

Post a Comment