Monday, September 23, 2013 | By: Luna Biru

Kisah Arin di TABS Bandaraya KK


Perlawanan Piala Borneo yang jadi idaman Arin dan juga merupakan harapan untuk dia terus hidup (katanya), hanya tinggal beberapa langkah lagi. Langkah itu pula kalau diteruskan lagi sedikit, akan menemukannya dengan dewan peperiksaan PMR. Kedua-duanya sama penting. Dan Arin bersungguh mengotakan janjinya untuk meraih victory pada keduanya.



Sebagai permulaan langkah ke Piala Borneo yang akan diadakan pada Khamis nanti, pihak TABS telah mengatur satu perlawanan persahabatan dengan team dari Australia Perlawanan yang sepatutnya dijalankan petang kelmarin ditangguh ke hari ini. 

Jadi jam 4.00 petang tadi, perlawanan ini pun bermulalah...Babak pertama menyaksikan team TABS yang hilang kawalan hingga permainan dikuasai sepenuhnya oleh team lawan. Arin bermain selaku Last Man, 4 utama di belakang. Kesilapan mereka banyak terkoyak di bahagian tengah sementara kekuatan utama di bahagian wing kanan. Malangnya, bola yang dibawa dengan susah payah oleh pemain sayap gagal dibaca oleh penyerang yang lebih suka menunggu bola dari melahapunya. Akhirnya, serangan dapat dipatahkan sebelum sempat disudahkan. 

Agak malang lagi bila 4 pemain pertahanan termasuklah Arin kurang bermain peran sebagai benteng. Mungkin terlalu teruja untuk menghasilkan jaringan, maka hampir semua pemain di bawah meninggalkan post kawalan masing-masing. Sekali lagi si sayap kiri cuba menyelamatkan keadaan namun malangnya kekalutan di bahagian pertahanan akhirnya meranapkan impian untuk kekal bersih tanpa jaringan. Keputusan di masa pertama menyelebelahi pihak lawan. 


Aku yang sudah berjanji tidak akan bising-bising tepi padang terpaksa juga mungkiri janjiku. Aku tau Arin malu kalau aku terlebih-lebih. Tapi peduli hapa....ini baru sikit. Nanti kalau perlawanan sebenar, lagi banyak fe'el penonton tepi padang. Takkan lah nak suruh semua penonton tu diamkan? 

Ok. Bila dah masuk babak kedua, iaitu setelah telinga dan jantung habis dicuci oleh coach Zul, team TABS pun mula mengatur strategi kembali. Perlawanan di babak kedua ini tampak lebih berformasi. Setiap pemain memainkan peranan masing-masing dan tahu langkah yang perlu diambil dengan lebih bijak.Mereka juga dapat membaca pergerakan lawan dan tidak lagi melakukan gorengan solo seperti sebelumnya. Arin juga beraksi pintar bila mula memberi arahan-arahan jelas kepada rakannya walaupun dia bukan captain dalam game ni. Mungkin ada yang mengatakan bahawa kelemahan utama pihak lawan berasal dari penjaga goal yang kurang berpengalaman. Tapi bagi aku, kelemahan utama mereka adalah terletak pada pertahanan yang kurang memberikan suntikan padu. 

Keputusan akhirnya mencatat kemenangan besar kepada TABS dengan jaringan 5 berbalas 3.


Secara peribadinya, aku beranggapan kekalahan utama team TABS di masa pertama adalah kerana ketiadaan keseriusan dan penerapan disiplin sukan seperti yang selayaknya. Perkara ini biasa berlaku di mana-mana team yang penuh dengan 'budak-budak bangsa kita'. Kalau team lain sibuk nak me'warming-up'kan diri sebelum perlawanan, tapi 'budak-budak bangsa kita' ni pula sibuk melepakkan diri dan bermain sesama sendiri. Disiplin etika masuk padang pun fail. Salah siapa kalau hal begini berlaku? Rasanya mau saja ku offer diriku jadi pengurus pasukan ni. Sudahlah main tiada jersey, air minuman pun tidak dibekalkan. Nampak sangatlah kelemahan pengurusan di situ....

Apapun, aku gembira bila Arin berbisik di telingaku mengatakan bahawa hari ini adalah kali pertama abah memujinya. Itulah yang dicari dan ditunggunya selama ini. Well....

Waktu lalu dekat team dorang tadi yang sepatutnya meraikan kemenangan; tapi malang perkara sebaliknya berlaku. Instead of bagi kata-kata semangat dan pujian as a reward atas susah payah dorang beraksi di padang, seorang coach tu pula sibuk nak cari kesalahan pemain. Bukan setakat memberi penyenaraian kesalahahan, siap boleh blame benda yang tak sepatutnya di katakan pada saat budak-budak ni sepatutnya menerima pujian pun! Itu ke makna post mortem? Tegur sikit-sikit sudahlah....janganlah sampai 'mati'kan hati budak dengan kata-kata yang langsung tidak memberi makna. Jadi dia nak berapa gol baru nak puji? Kamonlah....Benda-benda bodoh ni kalau diteruskan bukan saja akan melumpuhkan sistem percaya diri budak, malah akan menghancurkan respect budak pada kita. Budak akan rasa tidak dihargai dan untuk kesan jangka panjang pula, budak akan mati kreativiti dan hanya akan bermain macam robot....

Tak percaya? Sudah banyak buktinya...aku juga salah seorang yang pernah melakukan kesilapan ini. Syukurlah aku ni jenis manusia yang mudah sedar...


Maka demikianlah berakhirnya ulasanku tentang perlawanan hari ini. Aku tutup entry ini dengan shot-shot cantik di petang yang sangat indah di Padang Sukma, Likas.




0 comments:

Post a Comment