Tuesday, September 3, 2013 | By: Luna Biru

Jambatan ke syurga

Aku bengang dengan makcik setengah mereng yang selalu ada di mana-mana untuk minta  duit aku RM5.

Aku gusar bila cousin aku asyik datang seminggu sekali minta RM10. Kalau tak minta duit, dia minta beras dan lauk pauk di rumah aku.

Aku jemu tengok sorang lagi cousin aku yang asyik nak tapau rokok Dunhill yang mahal.


Aku tertekan bila abang mula keluarkan moodynya yang ntah apa-apa.

Aku naik gila dengar umi merengus tiap hari dan komplen tentang itu dan ini.

Tapi aku tak sedar kalau sebenarnya dorang-dorang ni lah jambatan untuk aku ke syurga.

Apalah salahanya sedekahkan duit RM5 pada makcik mereng yang malang tu, kan? Bukannya aku jumpa hari2 pun...sebulan sekali je...macamlah aku bakal muflis kalau bagi dia duit tu.

Apalah salahnya bagi cousin aku tu duit RM10 setiap minggu dengan extra lauk dan beras?  Di rumah beras dan lak tak pernah putus. Anak2 bukannya kuat makan pun. Kadang2 makanan lebih kasi kucong, sampaikan anjing liar pun dikasi makan. Inikan pula manusia....

Apalah salahnya juga redhakan cousin aku yang kemaruk nak hisap rokok mahal sebab selama ni dia cuma mampu beli rokok Era je...kesian dia jauh2 datang KK, singgah ke Papar semata2 nak jumpa abah....at least dia sajalah anak buah abah yang masih hormatkan abah.

Apalah salahnya kalau aku berlembut telinga dan hati melayan moody abang yang jauh lebih baik dari yang dulu kala, kan? Abang pun manusia juga. Ada masanya dia akan hadapi fasa2 bengang. Alu pun bukan selalu ceria....


Paling penting,

Apalah salahnya aku ringankan hati dengar rengusan umi dn urut2 kakinya yang selalu diadukannya? Setakat dengar  bukannya putus telinga pun.....


Tapi itulah kan.....aku tak sedar betapa Tuhan dah bagi aku jalan untuk mendapat pahala....

0 comments:

Post a Comment