Friday, September 20, 2013 | By: Luna Biru

Kau siapa?

Saat seorang kawan baru berlagak mengenali aku melalui informasi seorang kawan lama, hati aku bagai disentap-sentap renjatan elektrik. 

Entah apa kawan lama aku yang dah lama berhenti jadi kawan aku tu dodoikan di telinga kawan baru aku ni sampai si kawan baru ni macam dah pegang sehelai dari mukasurat diari lama aku...

Untuk pengetahuan si kawan baru, 

memang aku dan kawan baik kau tu pernah melalui zaman kanak-kanak dan zaman sekolah sama-sama. Tapi kau tau tak, dalam satu kelas kita tu, tak semua kawan kita rapat dan tak semua kawan kita boleh sebulu. So kawan lama aku tu adalah tahap di mana aku dan dia hanyalah ibarat manusia yang naik atas kapal yang sama, saling lempar-lempar senyum tanpa kemampuan atau niat untuk menjadi akrab. Dia punya kroni-kroni yang sangat gah berusaha menguasai dunia di atas kapal itu. Sementara aku hanyalah puak minoriti yang tipikal yang selalu terperangkap dengan keterbatasan adab dan nekad. 

Kalau kau tanya aku pasal dia, tiada apa yang boleh aku kongsikan kerana aku memang tak tahu langsung kronologi kehidupannya. Aku cuma mengenali dia pada nama dan pada perwatakan yang dipamerkannya secara zahir. Dan kalau dia berlagak seolah-olah mengenali aku lebih dari apa yang sepatutnya dia tahu, maka tidak ada apa-apalah yang mampu aku katakan kecuali sekadar bernafas lelah. Selelah itulah nafas itu aku helakan dulu tatkala menjadi mangsa watak antogonistnya. 

Alangkah malangnya bila seseorang berlagak mengenali kita sedangkan hakikatnya dia hanya mengenali kita pada nama....

Terkilan?

Ya. Sangat.



0 comments:

Post a Comment