Sunday, September 15, 2013 | By: Luna Biru

50 TAHUN SABAH MERDEKA (Dalam Malaysia?)

Aku tak faham pada istilah 50 TAHUN SABAH MERDEKA DALAM MALAYSIA. 
Samada aku yang tertidur waktu kelas sejarah atau cendikiawan politik kita sudah alpa dengan fakta sejarah?

Hakikatnya, Sabah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963 dan memilih untuk menyertai Persekutuan Tanah Melayu bersama Sarawak dan Singapura untuk membentuk Persekutuan baru Malaysia pada 16 September, 1963. Singapura kemudiannya meninggalkan Persekutuan itu. Pembentukan ini melalui beberapa perjanjian antaranya Perjanjian 20 dan tentu saja pada ikrar bahawa kesemua negara adalah mempunyai kelayakan sama taraf. 


Hasil persepakatan ini maka lahirlah Malaysia. 


Namun agak malang bila tarikh bersejarah pembentukann 16 September ini tanpa sengaja dilupakan dalam buku sejarah. Mungkin sebab detik bersejarah ini tidak melalui musim-musim kemasyhuran seperti gempitanya TUN ABDUL RAHMAN melaungkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. 
Selepas 46 tahun berlalu,  Dato 'Sri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia, mengumumkan pada Oktober 2009 keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan 16 September sebagai Hari Malaysia sebagai respons kepada sentimen kuat daripada para penulis dan pemimpin negeri untuk mengikitiraf hari bersejarah ini dengan betul oleh negara.
Cuti awam pertama untuk meraikan majlis itu ialah pada 16 September 2010. Sejak itu, negara ini menyambut Hari Merdeka pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September.
Rakyat Sabah boleh mengaitkan 31 Ogos sebagai Hari Merdeka kerana Sabah mencapai kemerdekaan daripada pemerintahan British pada 31 Ogos 1963, enam tahun selepas Persekutuan Tanah Melayu mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Masih tak puas hati? Then don't put too much blame pada kerajaan Persekutuan ok....Soalnya, kenapa kerajaan negeri tak pernah buat apa-apa untuk promotkan hari bersejarah itu?
Demikian juga halnya dengan Sarawak yang telah menerima taraf negara merdeka pada 22 Julai 1963.
Berbalik pada isu 50 Tahun Sabah Merdeka Dalam Malaysia.
Bagaimana istilah  Sabah  merdeka dalam Malaysia sedangkan penggabungan 4 buah negara (Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu) baru membentuk sebuah negara bernama MALAYSIA? Istilah ini menjadikan makna bahawa negara Malaysia telah wujud sebelum ini.   
Oh...mana cendikiawan bahasa, tolong jelaskan pada saya?

0 comments:

Post a Comment