Thursday, September 5, 2013 | By: Luna Biru

sentap

Sentapan di jantung kali ini benar2 menguras air mata. Rasa macam mau meraung dan memaki menyalahkan keadaan yang sama sekali tidak berada di pihakku.

Aku memang menunggu detik ini sebenarnya...hari Abe disolathajatkan untuk peperiksaan UPSRnya. Aku sudah bersedia dari semalam. Aku mahu solat bersama-sama berimamkan ustaznya yang hanafi. Mudah2an doa dari mulut seorang ustaz yang disambut dengan amin dari mulut2 mungil akan terus sampai ke langit.



Malangnya, kita cuma merancang. Tuhan lebih berkuasa menentukan hakNya. Saat semua yang direncana tidak semulus kejadian, aku pun terpinggir oleh kecaman sinis dan ironis. Demi Allah, aku tak berniat nak remehkan keadaan. Yang berada di sejadah itu adalah anakku...

Tapi tak apalah....manusia itu cuma mampu menilai. Kalau hari ini aku dinilai naif, aku terimalah segala kekurangan itu. Yang baik datang dari Allah. Semoga Allah mahu mewakilkan dirinya untuk menggantikan semua yang galau ini.

Kepada abah, semoga abah tak ulang kebodohan yang abah lakukan hari ini yang telah menyebabkan saya menjadi mangsa keadaan.

Kepada sahabatku, maaflah aku tak mampu laksanakan tugas yang kau beri. Terima kasih sebab tolong coverkan. Allah sajalah yang dapat membalasnya...


Kepada Tuhan,
Terima kasih sebab sentapkan aku pagi2. Kau sudah memberi amaran lebih awal. Aku yang bodoh jadi penafsir.

0 comments:

Post a Comment