Wednesday, September 25, 2013 | By: Luna Biru

Kawan

Aku tahu dia tidaklah sebegitu jujur menyintai aku.
Aku tahu kalau dia selalu merasa terpaksa mendampingi aku kerana cuma aku yang mampu merealisasi semua mimpi-mimpinya.
Aku juga tahu, kalau jauh di sudut hatinya dia sayangkan aku. Malangnya, aku terlalu jorok untuk disayangi. Kalau harus memilih antara dua, aku tahu dia tidak akan memilih aku.

Kalau kau tanya aku,

Aku akan mengatakan bahawa kasihku padanya adalah sebuah rasa yang tepu. Aku tidak menilai dia sebagai kawan, jauh dari menganggapnya sebagai sahabat. Dia bagiku hanyalah manusia yang layak untuk kukenal kerana dia terlanjur ada dalam kehidupanku. Dia kuhormat atas dasar manusiawi kerana kami sudah terbiasa hidup di satu alam yang sama. Lebih dari itu atas nama Hablum-Minallah, maka aku pun menjaga Hablum-Minnas, sesuai iradatNya.

Cuma itu.

Jadi, aku sudah jauh bersedia untuk diacuhkan, disepelekan, dipinggirkan bahkan dikhianatkan. Kalau hari ini dia menembak jantungku sampai berlubang, lalu besok dia menampalnya, lalu menikamnya lagi di waktu yang lain, lalu membaikinya lagi; maka tiada apa-apalah yang dapat aku lakukan kecuali menunggunya untuk menikamku lagi sekali.

Sampai bila?

Sampai dia tahu bahawa aku terlalu angkuh untuk menangis apalagi untuk disakiti. Sampai dia sedar bahawa dia takkan pernah ada makna dalam hidupku.

Titik.


0 comments:

Post a Comment