Sunday, September 15, 2013 | By: Luna Biru

Rentetan UPSR


Ini adalah entry yang terdelayed akibat dari kesibukan2 peribadi.

Jadi akhirnya, 10-12 September telah menyaksikan peperangan UPSR pun bagi seluruh murid tahun 6 seMalaysia. Perjuangan selama 9 bulan dan usaha selama 3 tahun, bertitik-noktahnya di sini. Yalah...Malaysia kan exam-based? Kita belajar sebab nak lulus periksa, kan?

Agak pelik melalui tahun ini meski ini bukan kali pertama anak-anakku melalui musim UPSR. Waktu Arin dan Anies berada di posisi ini dulu, aku tak celaru sangat sebab aku tahu dorang boleh laluinya dengan baik. Berbeza dengan Abe, budak ni lain sikit. Dia bolehlah dikatakan slow-learner.


Waktu hantar dia ke dewan exam, entah kenapa air mata aku bergenang-genang...terserempak pula dengan muka Kak Ju yang juga hantar anaknya. Rupanya mata dia pun ada kaca macam mata aku. Oh...tragis sungguh saat ini. Betapa tidak, anak kamilah tu yang selalu menempati tempat kedua dan ketiga akhir ranking dalam kelas.


Tapi aku sudah melihat kesungguhan Abe melawan kuman-kuman lembap otaknya sepanjang minggu-minggu terakhir UPSR. Benar bak kata seorang sahabat, Kak Maslinah namanya;

Pelbagai usaha yg pihak sek lakukan demi kecemerlangan murid dalam UPSR : p&p yg tip top, kelas tambahan lepas sek/dalam cuti, gerak gempur tiap2 bln, bacaan yaasin, solat hajat d mcm2 lg. Namun itu semua belum mencukupi sekiranya kita lupa padaNya. 
Semakin hampir UPSR semakin hampir jg kita padaNya. Yakinlah pada qada' dan qadar Nya... 


Ya. Sekarang adalah waktu untuk menyerahkan kembali segala urusan ke tanganNya...

Apapun, terima kasih kepada semua guru2 si Iman Haiqal. Dia kadang2 susah dikawal, dia slow learner, selalu 


lupa bawa buku dan jarang hafal fakta. Tapi kamu2 tak pernah putus asa dengannya. 




Dan, jauh di sudut hati, aku juga sebenarnya agak kalut memikirkan tentang keputusan murid-murid 6I ku. Betul, aku sudah banyak memberikan kemajuan pada mereka jauh lebih baik dari saat mereka di tahun 5. Tapi setakat peningkatan dari E-D atau dari D-C bukanlah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Pihak atas cuma kenal satu huruf saja iaitu A!

Ah, persetan. Kembali pada nawaitu bahawa aku mengajar kerana aku mahu muridku pandai, bukan untuk memuaskan hati pada mereka di atas sana yang hanya mengenal skor-skor tinggi. Walau satu huruf pun muridku belajar hari ini, aku sudah cukup berpuas hati kerana itulah yang akan mereka ingat sampai mati. Guru mengajar, murid belajar, kan?



By the way, muka-muka di atas ni adalah muka-muka yang aku kena fikirkan straight away bila UPSR dah habis. Program Selepas UPSR kena difikir-fikirkan sebab aku dah janji nak kasi dorang yang kaw-kaw atas ikrar janji yang dorang akan belajar sehabis baik time UPSR dulu. Dengar-dengar ada lagi pemantauan tahun 2 minggu depan. Tidakkah pemantau demi pemantauan ini hanya akan menghauskan guru-guru? Guru-guru yang ada pengkhususan tahap mungkin tak akan terbebanlah. Tapi kalau terkena guru-guru macam kami yang cover tahap 1 dan 2 macamana? Lelah dipantau sepanjang UPSR tak tamat lagi, ni kena lagi dipantau untuk tahap 1 pula. Terkena lagi aku yang masih terus menjalankan tugas mengurus program selepas UPSR.....

Mungkin aku kena usulkan satu laporan khas untuk semua ini... 

0 comments:

Post a Comment