Friday, July 1, 2011 | By: Luna Biru

1 Murid 1 Sukan Daerah Papar

Hari ini berlangsung program serentak seluruh negara 1 Murid 1 Sukan. Program ini bermula seawal jam 7.00 pagi di Dewan Masyarakat Datuk Salleh Sulong, Papar. Seramai 9 buah sekolah menengah dan rendah terlibat dalam acara ini sementara sekolah yang lainnya, menjalankannya di sekolah masing-masing.

Acara bermula dengan pemanasan badan senamrobik. Larian bermula tepat jam 7.45 pagi dan berlangsung sejauh 1.5 km dari Dewan Masyarakat mengelilingi Pekan Papar. Penuh sesak Pekan Papar dengan pelajar,ibu bapa dan guru. Lepas tu, sementara tunggu YB Rosnah datang untuk merasmikan majlis pelancaran, kami semua dihiburkan dengan senamtari dan pelbagai persembahan dari SMK St.Joseph,Papar.

Meriah. Memang meriah.

Senamrobik










PPD Papar



Tahniah pada yang jayakan program ni. Cuma aku nak tanya sikit, kenapa perarakan Maulidur Rasul tak dibuat 1 Malaysia juga ya?

2 comments:

azmiladis said...

Tahniah! 1Malaysia menjayakan program ini. Lepas ni, apa kata Program Perhimpunan atau Perarakan Maulidur Rasul 1Malaysia, serentak di seluruh sekolah di Malaysia... Insya Allah...

Luna Biru said...

Insya Allah...demi JERI

Post a Comment