Wednesday, April 4, 2012 | By: Luna Biru

Aku bukan sekadar guru pengiring

Aku masih ingat saat ini. Saat ia baru bermula hinggalah saat ia menjadi akhir. Sebuah pengakhiran yang manis. Manisnya terasa sekali bila ternyata aku mampu untuk terus menjadi kuat menempuh kesegalaan yang sama sekali tidak menyenangkan sepanjang tempoh itu. Bermula dari saat untuk berkarya yang begitu singkat setelah memandat amanah dari pihak atasan, lalu tengkar-tengkar mulut dengan abang akibat idea yang bertentangan, tuntutan masa yang gila cemburu, hinggalah menuju ke masalah yang lebih serius, iaitu kewangan. Aku begitu berkeras untuk merempuh apa saja di depanku kerana aku percaya puncak itu bakal jadi milikku. Dan ya...sekali lagi, seperti ayat di atas, nyatanya kemanisan itu berpihak juga pada aku, dan pasukan kerjaku, tentu saja. Sebuah kejayaan yang begitu ranum setelah satu episod dugaan yang panjang dan perih.



Syukur Alhamdulillah...

Lalu kukira semua itu akan tinggal manis. Rupanya tidak. Sesuatu berlaku di saat kemanisan itu sudah kenyang kunikmati, bahkan saat aku sudah menggantung kenangan itu di dinding muzium hatiku. 'Sesuatu' itu seakan memaksa aku mengembalikan medal kejayaan yang 'baginya' tidak layak aku kalungi sama sekali. Rupanya, selama ini aku cuma bermain perasaan bahawa akulah sumber kejayaan. Ternyata, baginya, segala pun bentuk kejayaan ini adalah bermula dari sesuatu atau seseorang, yang bukan aku!

Oh tolonglah...aku bukan sekadar guru pengiring. Aku lebih dari itu. Aku adalah nadi pada semua ini. Kau tak melihatnya kerana kau bukan jauhari. Garam yang kau makan tidak mampu memasini darahmu. Kau memang sememangnya selalu buta. Sudah kerap benar kau memerangkap aku dengan kebutaanmu.

Teruskanlah menjadi buta.

0 comments:

Post a Comment