Apalah ertinya perkhemahan tanpa malam kebudayaan,kan? Ia adalah acara kemucak dalam sesuatu aktiviti perkhemahan dan pastilah ia akan menjadi sunyi dan tak bermakna tanpanya.
Tapi bukan semua budak suka dengan malam ni. Aku dulu pun paling benci acara ni sebabnya aku ni memang ada darah gemuruh. Dan malam ini, kegemuruhan itu aku nampak di wajah Darren. Tak pernah selama ini aku tengok Darren dalam posisi seperti ini. Selalunya dia begitu yakin dengan dirinya. Tapi malam ini, Darren tidak menemui keyakinan itu.
Setelah dipaksa-paksa, akhirnya Darren dan geng bas sekolahnya pun beraksi juga. Mereka mempertaruhkan tepukan break. Sayang dorang tidak melakukannya seperti yang dirancang lebih awal. Segalanya berpunca dari keraguan pada diri sendiri. Tapi rasanya Darren belajar sesuatu malam ini bila menerima respon yang amat menggalakkan dari warga pengakap lain.
So, ingatlah Darren. Bahawa malam kebudayaan itu sebenarnya adalah malam untuk kita menikmati dunia yang kelam yang telah kita lalui sepanjang perkhemahan. Tidak kisah apa yang kau persembahkan kerana orang lain cuma mahu berhibur. Lakukanlah sesuatu itu dengan yakin ok...
Oya, pesanan aku pada ahli-ahli pengakap lainnya; lain kali, kalau hendak mempersembahkan sesuatu drama, boleh tak jangan bagi idea pasal bertumbuk lagi? Itu idea klise dan kamu lebih menumpukan pada kehebatan kuntaw kamu lebih dari idea cerita. Ingatlah malam kebudayaan bermaksud adalah malam pesta, di mana kita hanya ingin menikmatinya dengan rileks dan gembira.
Selamat berkarya.
|
Atookui ba...bida mua ku... |
|
Kesian...sampai tertidur...ertinya nda siuk lah ba itu persembahan,kan? |
|
SMK St. Joseph tak sempat habiskan lakonan tapi mesej lakonan dapat dihidu dengan jayanya |
|
Sk.Kuala dengan lagu sayonara |
|
SMK Majakir. Cantik lakonan tapi masih idea klise. huhu |
|
Emcee Skipper Ampuan merangkap jurufoto dari SMK St.Joseph |
|
SMU yang terlebih berlakon, haha |
|
Darren and the geng |
0 comments:
Post a Comment