Tuesday, April 24, 2012 | By: Luna Biru

Niat

Apa yang sedang kulakukan sekarang ini?

Barangkali aku sedang memperbodohkan diriku dengan sesuatu yang sangat mulia di mata orang lain.
Atau barangkali aku sengaja melewat-lewatkan waktu agar aku tidak tersesat dalam bingung yang mencuakkan ini.
Atau aku sebenarnya menipu diriku bahawa aku tidak risau tentang itu dan ini. Lalu aku kemudiannya memilih jalan ini.
Ataukah sememangnya aku melakukan semua ini dengan rela. Demi anak bangsaku, anak didikku, anak-anakku...


Ya Tuhan...aku penat. Dan itu bukan salah sesiapa. Semuanya salahku. Akulah seorang suri yang mahu bergelar hero di dunia pendidikan. Oh...tolong betulkan. Aku bukan mahu menjadi hero. Aku hanya mahu melahirkan hero-heroin dunia yang bakal aku wariskan untuk mereka ini nanti. Jangan ditanya samada ianya berbaloi atau tidak. Aku tidak tahu lagi menghitung-hitung soal gaji dan bayaran. Aku hanya melihat sekumpulan kanak-kanak kecil yang di mata mereka sentiasa ada api yang perlu dihidupkan. Aku hanya melihat sebuah bangunan yang seharusnya menjadi sebuah institusi pendidikan yang mengajar manusia-manusia kecil ini lebih dari sekadar pelajaran, tapi juga kehidupan.

Aku hanya melihat itu.

Dan aku berjalan menuju ke situ meski aku sudah lelah menapak sendiri.

"Kalau kau melakukannya kerana Allah, teruskan saja langkahmu. Persetankan saja apa orang lain kata..."

0 comments:

Post a Comment