Friday, April 27, 2012 | By: Luna Biru

Kami naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Negeri Sabah 2012


Minggu Amanah Saham Malaysia diadakan di Kota Kinabalu tahun ini. Salah satu aktivitinya ialah Pertandingan Bicara Berirama. Sebanyak 10 buah sekolah dijemput untuk mengikutinya. Dan kami, adalah antara senarainya. 

Mulanya aku tidak menyangka kalau akan diberikan tugas ini. Aku kan 'teacher'...bukan guru cikgu (can you see the different between teacher and chegu?) Tapi bila sudah diamanahkan tu, digalas jugalah. Kami cuma ada kurang dua minggu untuk latihan. Tanpa pengalaman, tanpa garis panduan, aku redah juga benda ni. Dan ya, hari-hari terakhir aku mulai give-up. Terlalu banyak rintangan; murid belum hafal skrip, ada yang tak dapat datang latihan, ada yang tak mahu beri kerjasama...sampai menitis jugalah airmataku...haha...si Luna Biru akhirnya menangis juga...


Pada hari pertandingan, terus-terang aku tidak menaruh sebarang harapan. Bagi aku,cukuplah kalau dorang buat yang terbaik. Kalau kalah pun, biarlah kalah bermaruah. Waktu dorang naik pentas, aku rasa macam mau tutup mata dan telinga, tak sanggup menghadapi kemungkinan bahawa dorang akan buat hal macam selalu. Tapi keajaiban yang benar-benar ajaib berlaku tanpa aku sangka. Pasukanku itu telah melaksanakan tugas mereka dengan sangat sempurna sekali. Tiada kesalahan-kesalahan yang  menyakitkan hati macam selalu. Semuanya berjalan dengan lancar, seolah-olah mereka telah diciptakan untuk semua itu.

Kali ini airmata aku menitis lagi. Tapi kali ini airmata kesyukurkan. Tiba-tiba saja aku rasa dorang sudah menang. Aku tak kisah sudah kalau kalah sekalipun. 

Lalu, saat keputusan diumumkan dan nama kami dilaung menjadi Naib Johan Negeri Sabah, aku terpaku. Alhamdulillah...ya...apa lagi yang dapat kukatakan selain mengucap seluruh rasa syukur pada Tuhan? 

Terima kasih Allah kerana selalu berada di sisi aku. 
Terima kasih abang sebab sentiasa mahu jadi coach untuk team Surati. 
Terima kasih juga buat Kak Zaleha dan kak Ilaini. 










Intan memang sebutir intan


Sk.Mutiara






Team jurulatih Bicara Berirama



Keputusan:
1. Sk. Mutiara
2. Sk.Surati, Papar
3. Sk, St Mary, Papar

3 comments:

Atie said...

upload videonya donk.....gue mau liat aksi murid lho.....

Luna Biru said...

Lom ada masa tie...habis kampingla. Huhu

Unknown said...

tahniah......
td tgk kt youtube..
best... :)

Post a Comment