Sungguh tak disangka kami memenangi tempat ke-4 perempuan 12TKB pada karnival ini. Padahal, baru dua hari latihan. Hmm...kalau lagi lama, macamana agaknya? Ceh...mulalah tamak...
Tahniah diucapkan kepada team futsal Puteri Rajawali aku yang dikepalai oleh Anis selaku Mid Field. Semuanya sudah menjalankan tugasan dengan baik; Everlyn yang cekap, Nechfina yang struggling, Ira yang hebat dan tentu saja, Ellysa; The best goally. Tidak lupa juga kepada pemain reserve lain; Zana, Manja, Wani, Ikin dan Saimah. Perjuangan kamu membuahkan hasil. Berbaloi untuk usaha dua hari. Jangan lupa kisah nasib di hujung syiling ok...
Pasukan lelaki aku, Beruang Comel dan Angsa Ganas, gagal meraih sebarang tempat bila hanya layak ke penentuan quater. Sungguhpun begitu, aku tetap bangga sebab kegagalan mereka bukannya kerana mereka tak bagus. Cuma nasib tidak menyebelahi sebab asyik terkantoi di penalti. Tahniah buat Syazwi dan Dido yang memperlihatkan aksi permainan yang sangat cemerlang.
Apapun, aku berharap, mereka akan ingat detik ini. Tak perlu ingat tarikhnya, tak perlu ingat hari dan masa. Hanya perlu ingat bahawa, hari ini, untuk pertama kalinya, kami memberanikan diri mencabar ketakutan untuk bersaing di sebuah pertandingan yang bukan alang-kepalang dugaan dan cabarannya. Aku mahu dorang kekal ingat bahawa wujudnya hari ini telah mengubah diri mereka dari seorang penakut kepada si pemberani terutamanya Iqbal dan Rizan.
Oya, tahniah untuk pasukan abang Kuala Cheetah Girl yang telah menjadi Johan pertandingan ini. You deserve it, babe!
Ok, untuk tatapan murid-muridku sekalian, ini pix untuk kamu...
Tu dia....pengurus untuk 3 pasukan futsal. |
Taklimat pagi |
Kembar siam? |
Khairul Azman memperlihatkan aksi |
Majlis disempurnakan oleh YB Rosnah Shirlin |
Itu dia....YB kami! |
Puteri Rajawali dipanggil untuk gimik pelancaran |
Perlawanan pun bermula |
Anis yang mengganas melakukan sepakan penjuru |
Ellysa the goally yang sanggup mati dari dibolosi |
Everlyn melakukan sepakan penalti |
Everlyn juga menjadi goally bila Ellysa tercedera terkena sepakan di perut. |
Geram betul sudah si Nech ni. |
Everlyn gagal menyelamatkan bola |
Sepakan Anis membawa tuah |
Ni tangisan kegembiraan ok sebab menang pelanti 2-1 |
Oh yang ni terlebih emo |
Menentang Kuala Cheetah Girl dua kali berturt-turut tapi nda menang-menang juga. |
Ni memang terrorist Kuala ni. |
Anis menunggu masa untuk menyerang |
Go Nech go....! |
Adeh...rosak peranakan kalau macam ni. |
Sepakan emas |
Yang ni pula RKK |
memang hebat! Tapi gagal menembusi ke suku akhir. |
Penyampaian hadiah untuk pemenang perempuan. |
Suatu keberhasilan yang membanggakan |
Elly yang terharu |
Dan Ira yang salam semua orang yang ada di pentas. |
Tempat ke-3, Tanaki. Kalah penalti dengan dorang 1-0 |
Mandalipau, ke-2 |
Kuala Cheetah Girl, Johan |
Tahniah...yang tengah tengok piala macam sesuatu yang lazat untuk dimakan |
Juga memenangi pasukan terbaik |
Bersama GB Sk.Kuala |
Hebat! |
Kurang seorang player aku. |
Zul and the RKK geng |
Yeah....! |
Sk. Tanaki |
Perlawanan terakhir penentuan ke suku akhir. Angsa Ganas menentang ntah apa... |
Abe Haiqal yang kurang lincah hari ini. |
Syazwi hebat! |
Ridhwan begagar di pintu penalti |
Sepakan emas Syazwi |
Penentuan akhir Beruang Comel yang sangat mantap |
Idris yang cuba menyerang |
Sepakan Dido memang power ooooo..... |
Dan Aiman yang tatap begagar kerana penalti. Akhirnya, dua-dua kecundang di daerah penalti. Cessss...... |
Ok. Semua sudah ada dalam gambar rasanya. Jadi jangan ada yang kecil hati lagi kalau mukanya tiada dalam gambar k...
0 comments:
Post a Comment