Antara VIP yang hadir adalah Skipper Jubrine Sugari dan Skipper Mohammad serta Encik Sani Onong selaku wakil pengetua SMK Benoni.
Majlis berlangsung dalam cuaca yang sangat terik iaitu 33 darjah celcius. Macam mahu pengsan rasanya bila dikurung oleh pakaian seragam pengakap yang panas tu. Aku harap tiada budak yang pengsan sebab kelmarin ramai yang sudah berdarah hidung akibat pendarahan dalaman. Setelah penyempurnaan majlis, acara pemberian sijil diberikan dan seterusnya salam hormat pengakap bersama pemimpin pengakap dijalankan dengan iringan lagu sayonara. Aku puji suara emcee yang sedap menyanyi. Tapi kenapa macam tiada feel sedih bila berpisah ni ah? Tak macam dulu-dulu...mesti tangkap nangis.
Ohya, satu yang aku kesalkan dalam sesi pengakap kali ini ialah, mengenai disiplin pakaian. Nampaknya, pemimpin pengakap sekolah, termasuklah aku, tidak begitu menitik beratkan soal disiplin ini kepada ahli pengakap. Tiada keseragaman dari segi warna dan jenis material. Contohnya, ada yang pakai kasut putih, tudung hitam dan seluar jeans. Aku ingat dulu-dulu waktu ikut ujian ni, kenapapun pakaian kamu kotor dan berlumpur, mesti kena pakai juga. Kenapapun kasut basah kena hujan, mesti juga disarung. Tiada istilah alasan itu dan ini. Tiada ruang mahu berfesyen. Pengakap sekarang bukan main lagi siap rambut urai-urai lagi macam mau buat iklan syampu.
Adeh...kena balik to the root. Biar generasiku ini mengerti apa maknanya pengakap. Biar mereka lahir menjadi warga pengakap yang benar-benar menghormati disiplin dan uniform, seperti pemimpin-pemimpin pengakap yang pernah melahirkan aku dulu...
Skipper Hassan Sulaiman, Pesuruhjaya Pengakap Papar |
0 comments:
Post a Comment