Thursday, April 19, 2012 | By: Luna Biru

Biadap

Terbaca satu entry saat ronda-ronda blog bertajuk Adab jadi Biadap di Internet.

Rasanya, aku sudah dua-tiga kali meluahkan ketidakpuasan hati aku mengenai perkara ni dalam blog aku. Dan rasanya, kali ni aku akan mengulas perkara yang sama juga.

Ya. Macamana ya, kebiadapan sebegini dapat dikurangkan? Dibanteras barangkali saja sangat mustahil. Tapi mungkin sebagai guru, kita masih punya sedikit ujaran yang mampu dilakukan untuk mengurangi gejala negatif begini dari terus berlaku. Kegilaan pelajar pada laman sosial seperi facebook seakan tiada habisnya. Laman muka Buku ini dijadikan medan meluah perasaan, memaki hamun, menyumpah seranah malahan menghina sesama sendiri. Guru juga menjadi mangsa keadaan bila pelajar terus menjadikan laman sosial sebegini sebagai medium untuk membalas dendam. Sungguhpun tidak menggunakan nama penuh guru tersebut, namun sebagai orang tua, kita sudah arif benar dengan permainan jelek begitu. Ok, tentu saja aku belum pernah kena kutuk oleh muridku, setakat ini. Tapi, cubit peha kiri, peha kanan pun rasa sakit.


Maaf. Aku bukan hendak menuduh. Aku pun seorang ibu. Tapi terus-terang saja, aku rasa masalah ini berpunca dari kelalaian ibubapa dalam memantau aktiviti seharian anak-anak mereka. Oh...aku sudah pernah mengulas tentang ini dan aku tak mahu mengulang-alik perkara yang sama juga.

Dan sebagai guru, satu-satunya pendekatan yang mampu aku lakukan ialah dengan menjadi sebahagian dari manusia yang mereka percayai. Aku cuba menjadi kawan mereka dan dalam diam, aku cuba membetulkan mereka dengan teguran-teguran yang kuharap tidak memanggil lagi raksa seorang pemberontak dalam jiwa mereka. Aku mahu dorang tahu, bahawa aku sentiasa ada memantau mereka, dan aku sangat prihatin dengan setiap status terkini yang mereka kemaskinikan. Sungguhpun aku tak pernah membalas apa-apa entry dalam ruangan komen, tapi aku akan mengutus mesej peribadi sekadar untuk menegur salah laku mereka. Oh, pastilah aku akan menghadapi risiko disekat. Sabar sajalah. Kena cepat-cepat buat tindakan lain mengikut kewajaran.

Satu hal lagi yang aku akan pastikan ialah aku tidak akan mengupdate apa-apa status di laman muka bukuku. Terkecuali kalau aku ingin membuat pengumuman mengenai jadual latihan ataupun membuat laporan mengenai aktiviti sekolah yang lepas. Aku cuma takut terlepas bicara. Ya...kadang kita tak sedar, bahawa, kita pun serupa murid juga. Suka sangat hendak meluah perasaan di facebook. Sampaikan apa yang nak dimasak malam ni, apa yang dipakai hari ni, malah apa yang peribadi pun kita updatekan juga. Ya, kita tak akan menggunakan bahasa yang biadap kerana kita sudah dewasa. Tapi, secara alaminya, apa beza kita dengan murid, kan? Kalau kita yang tua bangka ni pun susah nak kawal diri, apalagi pelajar kita yang masih tercari-cari diri? Come-onlah you teachers, adults...grow up ok...fikir-fikirlah dulu apa yang nak diupdate. Putus cinta pun nak tulis di facebook, tak kena layan suami pun nak bagitau orang, dapur bersepah pun nak gambar kasi upload. Appada....Ia menjadikan pelajar kita, yang tanpa kita sedari adalah dari kalangan friendlist kita, merasakan tiada salahnya untuk terus mengupdate benda-benda yang tiada faedah. Yalahkan...sudah orang tua kencing berdiri, anak muda pun kencing berlari lah....

Maaf kalau ada yang tersinggung. Tapi, sama-samalah kita renungkan ok. Aku pun bermula sedar dari sebuah kesilapan. Syukur Allah ingatkan awal. Maha suci Allah...Amin...

Kepada murid-muridku yang membaca ini, teacher harap korang cepat-cepat sedar ya...Tiada yang lebih mahal nilainya dari sebuah adap. Adap dijaga didalam akhlak. Akhlak yang sempurna itu milik Rasulullah. Memang kita tak mampu jadi sempurna, tapi masih dapat dicontohi.

Insya Allah...

0 comments:

Post a Comment