"...sudah tau semua orang tak dapat bagi komitment, kenapa teruskan juga? So? Diam-diam sajalah..."
Ok. dialog di atas memang tersangat betul bunyinya dan mengena batang hidung sendiri. Padan muka aku. Haha...konon nak mengadu dengan kawan. Tau-tau kena kutuk balik. Dalam erti kata lain, aku ni cari pasal sendiri. Dan pasal aku yang cari itu pasal, maka aku tak layak sama sekali mau merungut.
Sebenarnya, bukan merungut...walaupun mungkin kata-kata aku nampak macam sangat merungut. Ia cuma keluhan seorang manusia yang aku rasa wajar-wajar saja. Dalam konteks seorang Teacher Zue, hal sebegini bukan pertama kali berlaku. Dari bola baling, 1M 1S, futsal, action song, dan sekarang kamping, semua ini berlaku setiap waktu bagai satu rantaian kehidupan yang mesti berlaku juga sama aku walaupun aku cuba elak.
Mari seketika Luna, buat satu muhasabah diri. Apa kena dengan aku? Kenapa setiap kali suatu hal yang melibatkan tugas aku, cuma aku yang tinggal sendiri? Ada suara yang mengatakan bahawa aku seorang yang perfectionist. Ada lagi yang mengatakan, muka aku seperti manusia yang tak suka diganggu ketika melakukan tugasan. Ada juga yang mengatakan aku ni macam syok sendiri. Ada pula yang kata mereka takut ganggu kerja aku sebab aku macam sudah kesurupan bila buat sesuatu kerja. Paling utama, ada yang mengatakan bahawa memang seperti manusia yang sulit diajak bekerja bersama. Dan ya, satu lagi, ada yang mengatakan bahawa aku gagal membahagikan tugas dengan baik makanya mereka tidak tahu apa yang harus dikerjakan. Dalam ertikata lain, aku gagal jadi ketua.
Ok. Aku terima semua itu dengan lapang dada.
Aku akui sifatku agak sukar memberi perintah. Ya, aku memang tidak layak jadi ketua sebab ketua yang berjaya ialah ketua yang mampu memerintahkan orang-orang di bawahnya bekerja dengan baik. Aku juga memang seorang yang perfectionist. Aku tak suka buat kerja cincai dan aku tak suka orang main-main bila buat kerja. Aku menuntut kesungguhan dan komitment penuh dan itu yang manusia-manusia di sekitarku tidak mampu lakukan. Terus-terang, aku memang suka melakukan kerja sendiri. Bagiku, banyak kepala banyak mulut. Kadang-kadang tu, macam tin kosong. Daripada harus menghadapi risiko bakal dikecewakan dengan tugasan yang ala kadar, maka aku lebih senang buat sendiri. Tapi kemudiannya, sikap itu memang ternyata lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan. Aku selalu dicakap 'one man show' dan syok sendiri.
Sebenarnya, aku bukanlah seorang yang kuat menuntut. Benar, aku tak kisah buat kerja sendiri. Aku tak kisah kalau setiap minggu cuma tinggal aku seorang di padang mengurus budak bersukan atau berkokum; sementara yang lain, sibuk berurusan di tepi padang atau menghantar anak ke sini-ke situ. Aku sentiasa maklum pada alasan yang 'aku nda tau apa-apa ni Zue pasal sukan ni/kelab ni'. Ya. Bukan semua orang minat belajar sesuatu yang baru, apalagi bila usia sudah lanjut-lanjut ni. Aku akur kalau setiap guru itu juga seorang isteri dan ibu; ada anak-anak mahu diurus ke sana-ke sini, ada suami yang mahu dilayan, ada kerja di rumah yang perlu diurus. Aku akur semua tu. Itu fakta yang aku tidak dapat nafikan. Dan kerana sangat memahami alasan-alasan itulah maka aku tidak pernah menuntut apa-apa sungguhpun akibatnya aku berpenat-lelah seorang. Aku tak pernah persoalkan balik bahawa aku juga seorang ibu dan punya 6 orang anak. Aku tak pernah balas balik bahawa setiap ilmu itu boleh dicaritahu kalau mahu sebab aku pun bermula dari manusia yang tidak tahu apa-apa. Aku tak pernah juga ingin membalas rungut bahawa aku pun ada dua orang anak yang perlu ku hantar di tadika yang berasingan setiap pagi. Aku juga tak pernah minta orang mengerti bahawa aku pun ada anak yang perlu dihantar dan diambil dari sekolah agama setiap petang.
Betul. Aku tak pernah balas balik. Aku lakukan semuanya dengan ikhlas kerana Allah dan kerana aku memang menikmati pekerjaanku. Aku suka tengok budak-budak gembira, dan itu kelemahanku paling utama. Aku suka bila budak mempelajari sesuatu kemahiran yang baru dalam hidup mereka setiap hari, apalagi budak yang tak berapa bagus dalam akademik.
Tapi, ada masa-masanya aku juga tersepit antara batas waktu-waktu itu. Bukan selalu, sangat kadang-kadang. Dan pada waktu-waktu inilah aku mengharapkan agar ada tangan yang bisa membantu, ada hati yang bisa mengerti dan ada senyum yang ikhlas simpati. Namun, manusia itu tetap manusialah sifatnya. Mungkin terbiasa aku memberi muka, maka muka itu diminta-minta lagi dan tidak pernah mahu memberinya balik pada aku.
Salahkah untuk memberi sedikit pertimbangan untuk aku? Salahkah sekadar mendengar bahawa aku penat? Salahkah untuk berganti tugas seketika?
Oh...apalah diharap pada manusia. Inilah yang kumaksudkan 'Jangan memaksa orang lain berjalan sejauh kita kalau dia cuma memakai tongkat'.
Baiklah.
Kesimpulan dari muhasabah diri ini?
Err...aku tak tahu. Aku tak yakin aku akan berubah selagi manusia-manusia di sekelilingku tetap hidup dengan alasan-alasan yang sama setiap hari. Kecuali kalau aku benar-benar berjumpa dengan manusia yang sanggup menyerah jiwa raganya untuk sesuatu, seperti aku, maka barangkali baru aku bisa bisa sedikit lega. Dan oleh kerana tak ada antara kami yang bisa berubah, maka aku mengambil keputusan untuk tidak mempercayai sesiapapun dari mereka untuk berkongsi rasa. Tak ada sahabat yang benar-benar mengerti kerana mereka semua adalah sama; Reluctant teacher. Maka untuk itu, maka aku hanya perlu mendiamkan diri saja. Apapun, aku punya abang dan umi yang selalu mengerti. Cukuplah. Tak perlu berkongsi dengan siapa-siapa lagi.
Terima kasih buat si pembicara dialog.
Kembalikan aku ke laut
Pages
Cari di sini
IKLAN
Followers
Ikuti di Facebook
Labels
- badai banyu biru (1)
- Bola baling (9)
- cerpen (13)
- Cuti-Cuti Malaysiaku (92)
- Diary Bisnes aku (4)
- Diary Teacher Zue (299)
- Filem (45)
- hiburan (24)
- Hidup aku (247)
- info kesihatan (15)
- KSP (6)
- lunabiru (1)
- makanan yum yum (16)
- malangang (8)
- My Family (204)
- My Journal (39)
- My photography shot (18)
- Novel (8)
- Papar (12)
- Papar event (1)
- Persahabatan (67)
- puisi (95)
- rambling 2021 (1)
- sekadar renungan (61)
Total Pageviews
Popular Posts
-
UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN 1 1. GELANGGANG PERMAINAN 1.1 Gelanggang permainan berbentuk empat segi tepat berukuran 40 m panjang dan 20 ...
-
Entry kali ni aku nak bawa isu SUMANDAK Sabah yang terkenal dengan kejelitaan,kemanjaan dan keseksiannya. Sumandak @ Tondu adalah bahas...
-
MAKSAK MEDIC CARE - SKIM PENGURUSAN KESIHATAN UNTUK ANGGOTA-ANG GOTA KERAJAAN DAN BADAN-BADAN BERKANUN. Kelmarin sekolah kami dikunjun...
-
"Hidup jangan menongkat langit, kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap la...
-
Hari ni aku ambil MC sebab tak tahan dengan kesakitan mata yang sudah melampau2 tahap kemampuanku ni. Sebenarnya, sakit ni bermula sejak har...
-
Tanpa ulasan. Sebab aku dah penat nak berfikir untuk menghurai kenapa kurasa filem ini sangat berbaloi. Tanpa menurut urutan tahun kerana a...
-
Inilah dia homestay Mak Usu aku yang terletak di Felda Sahabat, Lahad Datu. Kalau korang berpeluang untuk ke sini dan tiada penginapan, bol...
-
Kami meneruskan perjalanan menuju ke destinasi di Taman Pertanian, Tenom, Sabah. Taman ini terletak di Kg. Lagud Seberang, Tenom sejauh 1...
-
Kepada penggemar siri cerita seram, tentunya tidak akan melepaskan peluang untuk menonton aksi drama yang menggegarkan bola roma ini. Ia aka...
-
21 Dis 2011 (Rabu) Hari ke 7 Hari ni hari terakhir kunjungan kami di Tawau. Lepas ni kami akan bergerak ke Semporna pula untuk meneruskan ...
Powered by Blogger.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
About Me
- Luna Biru
- Cari aku di neverland saat sang peri dan Peter Pan berterbangan di langgit jingga menuju ke bulan. Cari senyumku di bibir pantai saat senja nampak sempurna menanti mentari ungu hitam. Tunggu warkahku yang kutitip di botol kaca menuju hatimu, mengetuk mimpimu.
Blog Archive
-
▼
2012
(389)
-
▼
April
(28)
- Majlis Istiadat penutupan Perkhemahan Ujian Lencan...
- Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda P...
- Perkhemahan Ujian Lencana Keahlian Pengakap Muda P...
- Malam kebudayaan sempena Ujian Lencana Keahlian Pe...
- Gajet-gajet Pengakap Muda Sk.Surati sempena Ujian ...
- Bertahanlah...wahai anak-anakku
- Tersentap
- NAIB JOHAN PERTANDINGAN BICARA BERIRAMA PERINGKAT ...
- Kami naib Johan Pertandingan Bicara Berirama Perin...
- Ego-ego bodoh
- Aku, Teacher dan Mama
- Berkorban?
- CopyPaste.Kom.Mai:
- Turn your blog into book!
- Niat
- Antara Cuka dan air
- Terima saja
- Biadap
- Teruntuk kamu...
- Karnival Futsal Kanak-Kanak 12TKB Daerah Papar Anj...
- Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton III (Mae To...
- Iklan Terbaik Dan Penuh Makna Untuk Ditonton
- Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta D...
- PERTANDINGAN ACTION SONG DAERAH PAPAR 2012 SK.SURA...
- 1st Runner Up Action Song Papar District Level
- Kisah Burung Merak Raja
- Delusi
- Aku bukan sekadar guru pengiring
-
▼
April
(28)
2 comments:
Zue, cuma satu aku minta....Jaga kesihatan kau Ya....mungkin komen aku pasal...hecticmu yg sandi tu bt kau terasa jua kali kan.....tp aku ikhlas bla suruh kau jaga kesihatan sebab aku faham kau suka bekerja dan aku bangga sekali dengan komitmenmu dalam pekerjaan.
SAYANG KAMU ZUE......(>________<)....
P/S: jgn lupa minum air suam banyak2.....
haha...nada kaitan sama ko darling...
Ya. Aku tau aku ikhlas. Love you too
Post a Comment