Thursday, April 26, 2012 | By: Luna Biru

Ego-ego bodoh

Aku percaya bahawa hubungan kita dengan mereka-mereka yang terakrab dalam hidup kita pasti akan mudah menjadi indah kalau kita mahu menyisihkan ego-ego bodoh. Aku percaya bahawa ego adalah punca sesuatu hubungan itu menjadi retak. Apalagi kalau yang dipelihara itu adalah ego yang bodoh yang telah kita anggap sebagai sesuatu yang namanya prinsip.

Apa itu ego bodoh?


Ianya termasuklah seperti tidak mahu menerima kritikan, atau memaklumi teguran walau sepositif manapun ianya dilafazkan, atau yang paling utama, sekadar mahu mengakui kelemahan diri sendiri.

Keegoan seperti manusia yang ketagih nikotin rokok. Selalu tersepit memilih antara berhenti merokok demi kekasih yang dicintai atau meneruskan saja habit buruk itu walaupun terpaksa bertegang urat kerananya. Lalu ego itu pun seperti itulah sifatnya. Kita selalu terperangkap samada untuk melunyakkanya sampai hancur demi sebuah hubungan atau kita tetap mahu mempertahankan keegoan itu walaupun kita harus berdepan dengan risiko yang menyakitkan.

Dan seperti rokok, ada manusia yang akhirnya tetap memilihnya dan mempersetankan cinta. Hanya manusia yang benar-benar tegar hatinya sanggup berhenti merokok asalkan hubungan dengan kekasihnya kekal.

Lalu, dalam konteks ego, untuk mereka yang memillihnya, akhirnya ia pun berjaya memain peran sebagai pemusnah kebahagiaan. Hanya kerana kita tidak selalu mahu mengakui kelemahan dan kesalahan sendiri, maka kita lebih rela menukul dinding kebahagiaan hingga hancur berkeping-kepinglah semuanya.

Ada apa dengan ego? Berbaloikah kehilangan cinta dan kasih sayang semata-mata kerananya?  

2 comments:

Susan Elsa Saiful said...

Cinta dan kasih sayang tidak pernah berbaloi jika dikorbankan terutama kerana ego bodoh atau ego cerdik. Kalau sudah hilang cinta dan kasih sayang, mau makan itu ego ka? ;-)

Luna Biru said...

wa...akhirnya Susanku muncul juga...miss you much dear.
Ego adalah sebuah kebodohan yang murni. Sama ada yang bodoh atau cerdik, tetap saja manusia sering gagal mengandilinya.

Post a Comment