Hari ni masuk hari kedua perlawanan bola baling peringkat daerah Papar bagi pasukan lelaki.
Terus-terang, aku meletakkan sedikit harapan pada pasukan ini, sekurang-kurangnya biarlah masuk ke semi. Aku tahu dorang hebat tapi kena ingat bahawa persaingan agak sengit. Ini bermakna, bahawa sehebat manapun dorang, ramai lagi team yang hebat yang dilatih oleh jurulatih yang lebih berpengalaman. Aku baru setahun jagung dan tiada ilmu asas pasal sukan langsung.
Lalu seperti kelmarin, pasukan ini juga kalah pada point yang menjadikan mereka gagal melayakkan diri untuk terus mara ke peringkat yang seterusnya. Namun ini adalah kalah yang sangat tidak mengesalkan. Hebat! Itulah pujian yang patut diberikan kepada mereka. Tak sia-sia segala usaha dan penat lelah berjemur di padang setiap hari.
Tahniah untuk Aaron kerana menjadi penjaring terbaik meskipun dapat kad kuning.
Tahniah untuk Abe yang berjaya menjadi penggelecek wing terbaik.
Tahniah pada Misran yang berjaya menjadi penjaga gol paling kurang bolos...
Tahniah to you boys...
Aaron, Zakwan dan Akmal. Akmal dan Zakwan the best defend while Aaron the best stricker. |
Sk.Kuala dengan jersey baru. |
Sk. Kelatuan vs SKPB Super. Both are my ex-students... |
Ni team boy aku yang jajal sangat. Susah betul mau dikawal. |
The best PK Kokum paling sporting, Kak Iliani. |
Final game : SAKTI vs St. Mary (7-0...wow!) We did it boys! |
Abe buat playback. |
Ada harapan besar budak ni. Mudah2an cemerlang UPSR |
Final pix sebelum pulang... |
Temasya bola baling kali ni memang sangat mengujakan bagi aku. Tidak seperti tahun sebelumnya, tahun ni aku tidak lagi keseorangan coaching team aku di tengah kepanasan. Aku setia ditemani oleh PK Kokum dan jurulatih encik Affendy Amin. Kehadiran mereka buat aku merasa tidak sendiri dalam menghadapi segala kemelut perasaan aku yang sentiasa turun naik mengikut darjah kejayaan dan kegagalan team aku. Mereka sentiasa ada untuk menyokong aku, menguatkan aku dan menyabarkan aku waktu aku hampir tewas dengan kegawatan emosiku. Aku mahu dorang tahu bahawa aku sangat menghargai kehadiran mereka dan aku sangat bersyukur kerana mereka tidak pernah meninggalkan aku sendiri.
Kalaulah mereka ada tahun lepas aku rasa aku tidak akan terlibat dalam kancah pergolakan emosi hingga hilang kawan dan kehormatan.
Oya, ini masuk tahun kedua aku coaching team dan aku fikir aku akan berhenti coaching bila umur aku genap 40. Itu bermakna, lagi 5 tahun dari sekarang. Err...agak-agaknya lah kan...dalam tahun berapa agaknya aku akan bawa balik piala tu ke SK.Surati?
0 comments:
Post a Comment