Wednesday, March 21, 2012 | By: Luna Biru

A Suprise Birthday Party from my students


Sebenarnya, aku sudah tahu yang dorang merancang suprised party sempena birthday aku. Anis yang bocorkan rahsia dengan syarat, aku kena buat-buat terkejut waktu masuk kelas 6I. Haha...acting is easy, huh? Err...sorry guys....


Dan sesungguhnya, meskipun tahu, tapi aku tetap merasa sangat terharu dengan kesungguhan murid-muridku ini...Masing-masing berbagi tugas; ada yang membawa makanan, ada yang menyusun kelas dan ada yang membuat dekorasi. Nampak sangat kerjasama dorang sungguhpun  selama ni payah betul disuruh kerja bersama. Tengok saja penyusunan makanan di atas tu pun sudah cukup menunjukkan kematangan dorang. Majlis disusun dengan baik dan punya tentatif yang buat aku bangga sebab muridku yang jajal ini sudah mulai matang mengaplikasikan segala ilmu yang mereka perolehi secara tidak langsung di sekolah ke alam sebenar. Syukurlah...Itulah makna sebenar pendidikan di sekolah kan? Bahawa murid bukan saja bertumpu kepada bidang akademik semata-mata tetapi menjadikan sekolah sebagai satu institusi kepada segala ilmu kehidupan yang akan digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Ini baru permulaan. Aku percaya, murid-muridku akan semakin matang dalam meniti kehidupan mereka selepas ini...

Ohya, aku sambut birthday sama ngan Shahrafie, si budak sembarangan tetapi sangat pandai. Sayang dia tak tahu macamana mahu menggunakan segala kebijakan yang dia miliki sebab terlalu asyik melayan emosinya yang tak stabil. 

Ok. Terima kasih kepada parents yang sudi memasak untuk menghidupi majlis ini. Gue terharu nih...Terima kasih pada murid-muridku atas kesungguhan menyayangi teachermu yang garang ini. Terima kasih pada kamu-kamu yang sayang aku....

Love, Teacher. 

Shahrafie, berbaju pengakap di sebelah aku. 
This illustration mengingatkan aku pada 'aku' waktu umur 12 tahun dulu...Dulu, aku yang buatkan untuk cikgu...
So cute...
Thanks to you class.....
What the heck la si Eryna punya mulut tu?
Walaupun aku selalu marah dorang ni, dan rasanya, belum pernah aku masuk kelas ni tanpa marah. Sampaikan ada masanya, aku boleh sampai hati koyakkan hasil kerja dorang, tapi aku suka sebab dorang tak pernah putus asa untuk memperbaiki diri. Aku selalu cakap dengan dorang, kalau mahu berjaya, mesti tahan kena maki. Haha...itu cikgu aku yang cakap dulu. Kata cikgu aku lagi, kalau cepat kecil hati, jangan haraplah kau akan ke mana-mana sebab bila cikgu marah kau, ertinya cikgu sayang kau dan cikgu mahu kau jadi lebih baik....Errr....what do you think?

0 comments:

Post a Comment