Tuesday, March 6, 2012 | By: Luna Biru

Cuti sakit



Oh, tajuk macam gempak tapi sebenarnya bukan aku yang sakit, tapi si Abe. Dia diserang demam panas dan tounsil mungkin sebab terlalu berjemur di padang minggu lepas. 


Jadi pulang sekolah aku bawa dia ke klinik kegemaran rama iaitu Poliklinik Permai. Degreenya waktu tu sudah cecah 39 darjah celcius dan dia sudah serius panas dan lemah. Makin-makinlah kurus anak aku sorang ni. Mungkin terlampau aktif di padang sepanjang minggu lepas ditambah lagi kelmarin kami sibuk sakan bergembira ria di Suria menyebabkan imun badan Abe terkeliru seketika. 

Sungguhpun dia tiada langsung dalam entry ni,tapi aku uploadkan juga pix kami semasa membuat rawatan di poli. bukan apa, aku saja mau kasi jeles si melati tudung baru aku pink kaler lagi. silalah cemburu....hehe




0 comments:

Post a Comment