Thursday, March 1, 2012 | By: Luna Biru

Bola Baling Friendly match SK. Surati vs Sk.Kuala


27 Februari 2012 (Isnin)

Sepatutnya entry ni aku masukkan lebih awal daripada entry MSSD Bola Baling yang telah terlanjur di post lebih awal tanpa mengikut urutan. 


Perlawanan persahabatan antara SAKTI menentang SK.Kuala merupakan perlawanan pertama bagi kedua pasukan ini bagi sesi 2012. Terdapat sedikit kesamaan dari segi strategi dan teknik sebab kedua pasukan dilatih oleh jurulatih yang sama iaitu incik Azmi Ladis yang handsome. 

Dipendekkan cerita, pasukan perempuan aku tewas dengan mata 1-4 dengan kekalahan yang menyakitkan hati. Aku tak kisah sangat kalah tapi yang aku marah sangat bila pasukan aku gagal menguasai diri dan ketakutan di tengah padang. Si defend tak sedar diri defend, si stricker gila nak menyerang sementara si pivot ntah apa-apa berlari macam orang histeria di tengah padang. Hilang segala ilmu yang aku ajar langsung tak dipraktikkan. Pertahanan terus-terusan bolos sebab defend pun gila juga jadi penyerang sampai tak ingat mau jaga post sendiri. 

Pasukan lelaki aku pula menang 3-1 dengan kemenangan yang langsung tak boleh nak dibanggakan. Permainan out sama macam team perempuan. Kelebihannya, dorang semua kuat lari jadi masih balik ke  post masing-masing walaupun dalam banyak hal, keeper yang main peranan. Insiden berlaku bila stricker aku tersepak kaki pivot Sk.Kuala menyebabkannya terseliuh. Permainan terpaksa dihentikan serta-merta lalu kami pun pulang dengan jiwa yang pongkang. 

Blur.... 








0 comments:

Post a Comment