Saturday, March 10, 2012 | By: Luna Biru

Program Guru Penyayang di SK.Surati Papar

Yang ni Acik
Program Guru Penyayang sudah mula dijalankan di sekolah kami bermula sejak Rabu lepas. Program ini bertujuan menonjolkan kasih sayang guru-guru terhadap para pelajar dengan cara menyambut kehadiran pelajar seawal 6.45 pagi. Guru-guru akan beratur di depan pagar sekolah meraikan kedatangan pelajar pada hari itu sambil mengucapkan terima kasih kerana hadir. Guru-guru juga akan membetulkan tali leher ataupun pakaian pelajar jika tidak kemas sebagai tanda ambil berat & sayangnya guru pada anak murid. Setiap pelajar akan bersalam dengan guru.  Begitu juga waktu pulang, guru-guru akan beratur di pagar sebagai tanda menghantar pelajar pulang sambil mengingatkan pelajar agar hadir ke sekolah pada hari esoknya.



Well, itu salah satu dari agendanya ok. Sebenarnya skopnya lebih luas. Namun dalam banyak-banyak benda yang disenaraikan, bahagian inilah yang paling banyak mendapat sambutan pro dan kons di kalangan guru. Sebenarnya, program ini memang bagus matlamatnya. Ia bertujuan meningkatkan sifat kepedulian guru terhadap muridnya dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra, mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar. Cuma, mungkin kenalah fikir sikit tentang rasionalnya. Bukan semua guru boleh datang seawal begitu. Mungkin cikgu yang tiada tanggungjawab menyediakan anak ke sekolah, tiada masalah untuk melakukannya. Tapi untuk cikgu yang sudah beranak 6 macam aku ni, memang akan berhadapan sedikit masalah untuk menepati masa. Sejak program tu jalankan di sekolah aku, aku sudah mula memekik-mekik seawal Subuh. Habis anak dimarah dan dijerkah semata-mata untuk datang lebih awal ke sekolah. Bila sampai sekolah, senyum pun melebar-lebar tepi pagar. Si Abe cakap, untung lagi kalau bukan jadi anak cikgu. Sebab katanya, Teacher Zue dia lebih ramah berbanding mamanya. Ahak...Teacher Zue dan mama adalah orang sama tapi berbeza karakter. Terasa pedas betul sindiran si Abe. 

Program ni sudah dijalankan selama 3 hari di sekolah kami. Pada mulanya, pelajar tercengang2 melihat  guru-guru yang sangat baik menyambut kehadiran mereka. Biasanya, pintu pagar kosong melapang saja, cuma ada pak satpam dan beberapa orang pengawas bertugas. Tapi masuk hari ketiga, pelajar sudah mulai biasakan diri.  
Aku tiada masalah dalam menerima program sebegini. Sebenarnya program sebegini sudah lama dijalankan di prasekolah dan tadika. Malahan, di negara Jepun dan sekolah di Amerika pun sudah lama memulakannya. Kalau dipandang dari sudut positif, memang baik. Ia mengeratkan kemesraan dan menimbulkan rasa segan murid kepada guru. Cuma, aku harap, program Guru Penyayang ini tidaklah terhenti setakat bersalaman di tepi pagar. Ada banyak lagi senarai yang perlu dilaksanakan. 
Err...malaslah mau komen panjang2 karang ada orang salah faham kata aku pembangkang pula. 





Pix ni buat si Abe rasa bangga. Dia rasa macam aris yang dikawal oleh pak satpam ke sekolah atas alasan terlampau hensem. 
Murid yang datang lambat akan berlari ke pintu pagar sebab segan. Kalau sebelum ni, selamba gila weh...boleh berlenggang  lagi. 
Guru Besar juga turut sama turun padang. Syukurlah...
Ikat rambut warna merah tak boleh pakai ye...
NI barisan PK dan GB kami 
Mizan pun tak ketinggalan menyalam juga. 
Selesai saja acara salam-salaman, aku pun bergegas menuju ke studio Surati untuk melatih Action Song. Pertandingan akan dijalankan pada 27 March nanti. Murid aku masih menyanyi dengan pitching lari ke laut. Kalau korang tengok pix ni, budak yang berlari sambil menyanyi ni adalah pasukan action song aku. Sementara pelajar yang di belakang tu pula ada kelas bahasa inggeris aku. Terpaksa buat 2 dalam 1. Lepas melatih dan mengajar, kena hantar pula Mizan dan sambung balik mengajar selepas itu. Sebenarnya, inilah kali pertama aku melatih action song seumur hidup aku bergelar chegu. Aku ni manalah ada bakat dalam bidang macam ni. 

Earth Song dan Heal The World jadi pilihan lagu kami. 


Life isn't cool....

3 comments:

Atie said...

Heal The World.....aku suka lagu ne....ko msih ingat ka zue?? ko ada bagi aku kaset dubbing...and heal the world salah satu lagu yang ada dalam kaset tu.....ko yang buat aku jatuh suka sama lagu MJ ni

Luna Biru said...

Haha...masih ko simpan ka Tie?

Unknown said...

bekas skolah sy dlu tahun 2002 :) skrg sy pula jadi cgu lagi

Post a Comment