Tuesday, March 6, 2012 | By: Luna Biru

Mizan's birthday celebration (a long delayed)



Hendak dijadikan cerita, hari ni barulah kami sempat buat majlis ulang tahun Mizan yang sepatutnya berlangsung pada 5 Jan. Mizan sama kongsi birthday ngan cik Shafizah kita yang nun jauh di sebelah Laut China Selatan. Punca-punca tertangguh tidaklah pula diketahui dengan jelas. Ngeh...


Kami sambut ala kadar saja, hanya dengan sebiji kek coklat angry bird idaman Mizan. Kalau selalunya aku yang sediakan kek tapi kali ni kami main tibai beli saja di kedai. Cepat dan mudah. Aku rasa inilah puncanya kami jadi tertangguh-tangguh sebab menunggu masa aku betul-betul free untuk berkarya macam dulu-dulu. Tunggu punya tunggu tak sedar masa sudah berlalu dua bulan. Dan Mizan terus-terusan menuntut kek harijadinya sampai demam pun masih minta kek juga. 

Berlainan sambutan kali ini, anak-anak yang lain sudah besar panjang dan sudah mulai malu mahu menyanyi bersama. Ada rasa macam kecik hati sedikit sebab macam tak sedar diri waktu kecik dulu pun dorang perangai macam ni juga. Selagi tak dibelikan kek, selagi itulah muka monyong macam boleh kena sangkut kuali. Oh, kena terima bahawa ini adalah satu transformasi baru dalam usia mereka meniti zaman remaja. Tapi kena ingatkan juga bahawa selagi kita bernama keluarga, maka perasaan saling memahami dan saling mendukung antara satu sama lain perlu sentiasa disemai. 

Apapun, semoga Mizan berpuas hati dengan sambutan ulangtahunnya yang ala kadar ini. We love you, Mizan Sri Iskandarsyah...













2 comments:

Atie said...

HaPPy BirthDaY Mizan dear.....Umi TTp Cantik Mcm Dulu.....

shafizah said...

happy belated birthday mizannn, tahun depan kita sambut sama ok >,-

Post a Comment