Sepatutnya entry ni sudah lama aku uploadkan. Tapi memandangkan talian Celcom agak menyakitkan hati semenjak dua menjak ni, maka semua hasil taipan hanya dapat tersimpan dalam ‘draft folder’ sahaja. Uhh...I hate Celcom! Selalu saja ada masalah. Pernah juga tukar Maxis. Lagi kantoi.
Ok. Lupakan itu. Disingkatkan cerita, jom tengok rumusan filem-filem melayu terkini...dari sudut kacamataku.
Filem ni bermula agak lambat. Dan terus-terang saja aku menontonnya kerana ia dibintangi oleh Sara Ali dan Zahiril Adzim.
Filem Sesuatu Yang Tertinggal mengisahkan tentang sekumpulan anak yatim yang melalui pengalaman menyeramkan apabila mereka berpindah ke rumah baru iaitu sebuah banglo yang lama ditinggalkan. Di dalam salah sebuah bilik ada sebuah almari lama, salah seorang anak yatim yang bernama Mona (Sara Ali) amat benci dengan almari itu. Jadi dengan bantuan beberapa anak yatim yang lain mereka memindahkan almari tersebut. Semasa mereka sedang memindahkan almari itu, ia tergelincir dan menyebabkan lantai kayu usang terkopak. Arshad (Zahiril Adzim) menjumpai sebuah cermin muka tua melalui celahan bahagian yang terkopak dan menghadiahkannya kepada Mona tanpa mengetahui bahawa cermin itu bakal merubah masa depan mereka. Cermin itu menyebabkan Mona dirasuk dan dia mula berperangai aneh.
Kebencian Mona pada almari sebab dia punya trauma tersendiri yang berkisar pada almari. Itu dapat difahami. Tapi bagi aku, pengarah tak perlulah bersusah-payah nak mencipta adegan ni semata-mata nak cari alasan supaya lantai kayu depan pintu rumah tu terkopak. Penulis skrip memilih satu jalan yang agak sukar yang menjadi cerita ini terlalu panjang dan bertele-tele. Otherwise, pemilihan tempat pembuangan a.k.a persembunyian barang-barang antik tu nampak tak rasional sangat. Ketara sangat macam dibuat-buat. Ada banyak lagi cara lain yang lebih dramatik boleh dipilih dan aku hairan kenapa jalan macam tu yang dipilih.
Lakonan Zahiril biasa saja. Tiada keistimewaan dan agak tidak syncronise dari awal sampai akhir. Sungguhpun aku tak espect apa-apa lagi pada Zahiril, kerana bagi aku, budak yang berbakat ni tak tahu cari lubuk untuk tonjolkan bakatnya. Atau mungkin juga industri filem kita sudah kekeringan idea untuk mencipta skrip yang berkualiti hinggakan pelakon terpaksa terima apa saja watak yang diberikan untuk cari rezeki. Malang untuk Zahiril.
Lakonan Sara Ali is good. No comment. A good effort dan watak untuk dia ni pun kira mencabar jadi mudah untuk Sara berkarya.
Setengah jam sebelum cerita berakhir, barulah graf cerita mula menaik terutamanya scene mati yang benar-benar kejam. Tahniah untuk super effect. Pengakhiran cerita memang menyedihkan dan membuat aku rasa sedikit gentar sebab takut kalau terjadi betul-betul. Nenek aku bilang benda macam tu memang real. Ye ke? Uuuuhhhh...seremnya...
Aku suka gabungan sedikit dunia hitam putih yang ditonjolkan dalam watak si Fasha.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maaf ye. Tapi bagi aku inilah filem paling bangang dan menyakitkan hati. Nasib baiklah aku ni cikgu, dan ramai murid aku baca blog ni, kalau tak, mahunya aku sumpah seranah filem ni di sini. Filem ni bergenre komedi seram yang bagi aku kedua-duanya gagal; seram tidak, komedi pun tidak.
Ia diceritakan secara tidak kemas macam filem tanpa skrip. Ataupun pengarahnya tetiba dapat idea baru sewaktu dalam set lalu menambah-nambah adegan itu untuk memanjang-manjangkan cerita. Ia menjadikan filem ini agak carca-marba seolah-olah tidak ada satupun dalam kru filem tersebut yang mempunyai title quality control. Banyak adegan yang tak berkait, malah langsung tidak disambung dan tergantung begitu sahaja. Kita sendiri tak tahu apa benda yang mengacau dan kenapa ia mengacau. Dan pada ketika kita tahu, ternyata, isu itu tidak dikupas betul-betul, terutama soal dendam Siti Chempaka. Dan oh...aku sangat jijik dengan adegan perkosaan yang dilakukan dalam bentuk jenaka seolah-olah ia adalah sesuatu yang lucu. Keputusan akhir untuk kedua pemerkosa hanya sekadar masuk jel. Oh...bullshit betul cerita ni.
Watak manusia istimewa yang ditonjolkan seperti Angah si lurus bendul dan Azrul si sengau ternyata tidak mambantu filem ini menjadi lebih jenaka. Kehadiran Zack yang handsome itu pun langsung tidak syncronise dengan keadaan. Hanya watak Ibu Ruminah Sidek meneutralkan keadaan. Sumber lawak pula adak ketinggalan zaman. Menyaksikan filem ini mengingatkan aku pada lawak filem tahun 1970 an - awal tahun 1980an lakonan Hamid Gurkha dan Dharma Harun. Waktu tu memang lucu, tapi bila lawak yang sama diapply di zaman modern ni nampak sangat kebodohannya.
Kesimpulannya, ini adalah filem paling malang yang pernah kutonton. Tak tahulah kalau ada orang suka. Ya, setiap filem ada peminatnya tersendiri.
Rugi betul Siti Chempaka berseksi tak kena tempat.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok. Filem ni bagus. Ada jalan cerita dan jalan cerita itu pula tidak melalut-lalut. Ada kesinambungan dan setiap babak ke babak mempunyai perkaitan. Hantu pula tidak muncul setakat untuk menakutkan penonton. Ia muncul bersebab dan keseraman muncul bukan kerana kita dipaksa untuk takut. Teknik imbasan yang digunakan juga banyak membantu pemahaman dan diceritakan dalam bentuk yang betul-betul baik. Tahniah kepada semua kru. Ini barulah filem yang ada kualiti. Siapa encik kualiti kontrol dia ya?
Aku suka bila filem ni tiada kaitan langsung dengan cerita Kum-Kum lakonan Marsha dan si getek Sharnaaz. Namun ada sedikit celanya bila pengarah seolah bersandar sedikit kepada pengetahuan sedia ada penonton mengenai kejadian kum-kum. Dalam drama kum-kum, asal mula perkataan 'kum-kum' itu diceritakan kononnya si gadis perlu mendapat izin sebelum masuk ke rumah orang. Dari situlah dia mulai menggunakan perkataan itu. Tapi dalam filem ni, kita tak tahu kenapa dia mesti gunakan perkataan 'kum-kum' walhal waktu first dia makan darah orang dia belum jadi hantu lagi. Tapi kira oklah juga.
Lakonan Fezrul agak mengesankan terutamanya babak akhir saat dia bermain peran sendiri dirasuk hantu. Aku paling suka bila upacara menghalau hantu dalam filem ni tidak seperti dalam kebanyakan filem lain. Biasanya, filem akan menonjolkan watak ustaz dengan bacaan yang dulunya begitu rahsia untuk diketahui umum. Tapi dalam filem ni, upacara menghalau hantu agak berbeza dan meskipun seperti pernah kulihat dalam filem indon, tapi ya, dilakukan dengan baik. Peniruan tidak salah asalkan yang meniru lebih baik daripada yang ditiru, itu konsep seni, kata cikgu aku dulu.
Kemunculan Lydia Wati agak mengejutkan...
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Add caption |
Aku rasa tak logik sungguh pengarah kegemaran aku si encik Aziz ni me'remake' filem ni. Kenapa mesti bersusah-payah? Kenapa tak buat saja filem baru dengan tajuk baru? Aku pernah dengar alasannya ketika dijemput di Hot fm. Katanya, waktu menulis cerita ni, dia baru perasan yang jalan ceritanya lebih kurang sama macam filem Azura. Oleh kerana dia bimbang dikatakan meniru, maka dia pun membuat keputusan untuk membuat semula filem ini.
Err...macam tak logik alasan itu sebab secara peribadinya, filem ini tak sama langsung. Jalan cerita yang sama itu perkara biasa macam cerita Kuch-Kuch Hota Hai dengan filem Cinta Kuliah. Persoalan tentang cinta memang sama saja pergolakannya di seumur hayat dunia ni. Oleh itu, rasanya Aziz tak perlu mengambil risiko untuk membuat semula kerana ia hanya menjadi satu penilaian dan perbandingan yang kucar-kacir di kalangan peminat filem.
Secara peribadinya, terus-terang aku agak tertekan ketika menonton filem ini. Aku agak terlalu memaksa diri aku untuk menontonnya kerana filem ini adalah filem Aziz. Aku mengharapkan lebih. Ya, lebih baik dari filem Azura terbitan tahun 1984. Aku tidak mengharapkan Neelofa dan Shah Jaszle berkarya sehebat pelakon asal kalau jalan cerita karangan Aziz ini hanyut ke laut. Kelemahan filem ini tidak terletak kepada pelakon-pelakonnya kerana ternyata mereka sudah menjalankan tugas mereka dengan baik. Kelemahan adalah lebih tertumpu kepada jalan cerita seolah-olah ia dibuat dalam keadaan tergesa-gesa dan Aziz pula terlalu rakus untuk menjayakan filem ini dengan sebab peribadi.
Jujur saja, aku tidak langsung dapat merasakan cinta yang dialami antara dua pasangan ini. Aku juga tidak faham kenapa tiba-tiba saja Zek berubah sikap setelah ditampar Azura. Tidak langsung nampak satupun adegan Zek bermuhasabah diri hingga berlaku nekad berubah sikap. Adegan tampar itu kuat tapi tidak cukup kuat untuk membuat Zek datang ke dewan kuliah untuk meminta maaf, malahan hingga merayu agar Azura menjadi 'guru'nya. Kenapa Aziz tak buat dulu adegan Zek memerhati Azura dari kejauhan, biar dia menyelami dulu kehidupan Azura lalu kehidupan itulah yang kemudiannya menginsafkan Zek? Ianya terlalu cepat terjadi. Dan scene jadi 'cikgu' itu is really bad idea.
Watak Azura pula tidak ditelesuri betul-betul oleh sekali lagi, sang pengarah. Azura berdiri atas karakter Neelofa sendiri yang sentiasa mahu tampil anggun dan cantik. Patut Aziz kena alert benda ni. Azura kira macam gadis miskin dan berkarakter sangat sederhana. Tapi dari segi fizikalnya pula agak kontras dengan peribadi. Azura muncul complete dengan mekap dan foundation yang begitu menyerlah. Dibantu lagi dengan pakaian Azura yang sangat bercanggah dengan karakter dirinya. Rambut pula diset begitu cantik yang frankly kalau kau tiada duit banyak kau takkan dapat rambut sebegitu cantuk beralun. Sampaikan anak aku cakap, memanglah susah mau kumpul duit bikin yuran sebab banyak beli mekap...
Klimaks cerita rasanya tak menonjol sangat. Aku agak kecewa bila akhirnya Azura lari meninggalkan suaminya tanpa alasan yang benar-benar kukuh. Kalau dalam Azura 1984, alasan Azura untuk kecewa kuat; mulanya Zek tak mahu mengaku itu anaknya, lepas tu, Zek sakit sebab terlampau kerja kuat, then, bapanya pula merayu agar dorang berpisah. Itu jelas. Dan adalah diharapkan agar Aziz dapat mencipta alasan yang lebih rasional kali ini seperti menggunakan video tape yang sempat dirakam oleh kakak Zek yang diupload di youtube ke...or whateverlah...tapi semuanya hampa...tiada alasan yang benar-benar kukuh sedangkan Azura adalah watak seorang wanita yang teguh pendiriannya.
Oh, mungkin Aziz terlalu meletakkan market value pada Neelofa dan Shah. Yelah...peduli hapa ko kritik filem aku, yang penting, penonton datang dan aku juga yang kaya. Ko apa ada? Haha...sarkastik.
Aziz oh Aziz...apa sudah jadi pada kau yang pernah menerbitkan filem Femina, XX-Ray dan yang pernah kugilai dulu?
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Haha...ini bukan filem baru. Tapi baru keluar lagi di astro Citra kelmarin. Aku sudah mengulang tonton filem ni berkali-kali dan aku masih tetap suka jalan ceritanya. Atau mungkin kerana aku penggemar Fazura. Dia memang comel,kan?
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ok. Setakat ini dulu review aku. Mudah-mudahan waktu mengupload entry ni talian celcom tak buat hal lagi.
Kepada yang sanggup membaca hingga ke akhir entry, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment