Saturday, March 3, 2012 | By: Luna Biru

Karnival Kokurikulum Sk.Surati


3 March 2012, Sabtu.

Karnival kokurikulum berlangsung dengan meriah sekali hari ini. Pelbagai aktiviti disediakan yang dilangsungkan dengan kerjasama yang padu oleh semua warga guru SAKTI. Tahniah kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat. 

Err...formalnya bahasa aku...


Hari ini juga berlangsung pemilihan bola sepak untuk menjadi wakil ke peringkat daerah. Sedihnya, Abe tiada dalam senarai mana-mana kumpulan mungkin disebabkan dia terlampau sibuk mengurus bola balingnya sebelum ini. Nasib baik dapat menyusup masuk jadi pemain import atas budi bicara cikgunya yang memang tahu kebolehan Abe. Akhirnya Abe berjaya juga tunjukkan kuasa kakinya setelah berjaya  membuktikan pada semua orang dengan kesaktian tangannya pada pertandingan bola baling yang lepas. Gembira betul dia waktu membisik di telingaku dengan bahasa yang sebegini rupa;


"Pssst...encik mama...Abe berjaya masuk senarai pemain bola sepak....thank you mama"


Aku termangu dengan istilah 'encik mama'. Dan aku terganggu dengan istilah 'thank you' sebab aku tak buat apa-apa pun yang membolehkan dia layak masuk ke senarai pemain. Mungkin dia fikir aku yang merekomen namanya pada jurulatih pasukan. Kegembiraan Abe bertambah-tambah hari ini bila abahnya hadir menyaksikan saat-saat kegemilangannya menjadi goal keeper terbaik dan mid field a.k.a perancang tersohor di alam buana.

Acik pula terlepas untuk mengikuti pertandingan bintang kecil peringkat sekolah sebab tak hadir kelmarin. Sedih juga aku tengok muka dia. Tapi harap ini jadi pengajaran untuk Acik sebab selalu bangun lambat dan bersiap tersangatlah lambat pagi-pagi hingga selalu kena tinggal.

Anis pun sedikit keciwa sebab pertandingan bola jaring yang dinantikannya hari ini rupanya hanya untuk mencari pelapis untuk tahun depan. Punyalah penat dia streching rupanya dia cuma bertugas jadi penjaga masa. Aku agak risau dengan keaktifan Anis dalam sukan yang mencuri banyak masa belajarnya. Ujian akses 1 akan dijalankan minggu depan tapi dia masih lagi melilau-lilau dengan sukannya yang macam tak pernah habis.

Aku tak sempat mau rakam gambar untuk majlis penutupan karnival ni sebab mau kasi support sama Abe. Aku janji akan belikan dia kasut bola baru kalau dia terpilih jadi wakil. Tapi katanya dia tak mahu sebab dia masih sayangkan kasut 'Adora'nya yang baginya kasut magic pembawa bertuah. Katanya dia mahu pakai kasut tu sampai jadi macam kasut shoalin soccer. Adeh...bagus juga kan, save bajet aku...hehe...


Abe yang keboringan di pintu goal menanti serangan
Sesi simpulan dan ikatan
Pertandingan khat
Ni dari segi konsep poster out sudah ni...ilustrasi lebih besar dari mukataip.
Murid tahap 1 bersedia untuk pertandingan bintang kecil
Ni stacy kami ni...
Haiqal and the geng nyanyi lagi 'Lelaki seperti aku' dengan linangan air mata
PK Kokum kami yang teramatlah sporting dan hebat
Eileen menyusun hadiah yang kompom aku takkan menang apa-apa pun. huhu...
Ni pix ala-ala hindustan tepi pokok bunga melati
Comel betul ni budak-budak
Hmmm....

0 comments:

Post a Comment